دَلَائِلُ الْخَيْرَاتِ
Tanda-tanda Kebaikan
Ms
اَلنِّيَّةُ | Intentions
اَللَّهُمَّ إِنِّي نَوَيْتُ بِالصَّلَوٰةِ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ امْتِثَالاً لِّأَمْرِكَ وَتَصْدِيقًا لِنَبِيِّكَ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَمَحَبَّةً فِيهِ وَشَوْقًا إِلَيْهِ وَتَعْظِيمًا لِّقَدْرِهِ وَلِكَوْنِهِ أَهْلاً لِّذَلِكَ
Ya Allah, sesungguhnya aku berniat dengan berselawat ke atas Nabi SAW sebagai mematuhi perintah-Mu, membenarkan Nabi-Mu Muhammad SAW, mencintainya, merinduinya, serta mengagungkan kedudukannya dan kerana baginda selayaknya menerima perkara itu
فَتَقَبَّلْهَا مِنِّي بِفَضْلِكَ وَإِحْسَانِكَ وَأَزِلْ حِجَابَ الْغَفْلَةِ عَنْ قَلْبِي وَاجْعَلْنِي مِنْ عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ.
Maka terimalah ia dariku dengan kurniaan dan ihsan-Mu, hilangkanlah hijab kelalaian daripada hatiku, dan jadikanlah aku di antara hamba-Mu yang soleh
اَللَّهُمَّ زِدْهُ شَرَفًا عَلَىٰ شَرَفِهِ الَّذِيٓ أَوْلَيْتَهُ. وَعِزًّا عَلَىٰ عِزِّهِ الَّذِيٓ أَعْطَيْتَهُ.
Ya Allah, tambahkanlah kemuliaan ke atas kemuliaan yang telah Engkau berikan kepadanya, serta keagungan ke atas keagungan yang telah Engkau anugerahkan kepadanya
وَنُورًا عَلَىٰ نُورِهِ الَّذِي مِنْهُ خَلَقْتَهُ وَأَعْلِ مَقَامَهُ فِي مَقَامَاتِ الْمُرْسَلِينَ. وَدَرَجَتَهُ فِي دَرَجَاتِ النَّبِيئِينَ.
Dan cahaya ke atas cahayanya yang daripadanya Engkau telah menciptakannya, serta tinggikanlah kedudukannya di makam para Rasul dan darjatnya di tingkatan para Nabi
وَأَسْئَلُكَ رِضَاكَ وَرِضَاهُ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ. مَعَ الْعَافِيَةِ الدَّآئِمَةِ وَالْمَوْتِ عَلَى الْكِتَابِ وَالسُّنَّةِ وَالْجَمَاعَةِ وَكَلِمَتَيِ الشَّهَادَةِ عَلَىٰ تَحْقِيقِهَا مِنْ غَيْرِ تَبْدِيلٍ وَّلَا تَغْيِيرٍ.
Dan aku memohon keredaan-Mu dan keredaannya wahai Tuhan sekalian alam, berserta keafiatan yang abadi dan kematian di atas Kitab, Sunnah, al-Jamaah, serta dua kalimah syahadah dengan sebenar-benarnya tanpa sebarang pengubahan mahupun pertukaran
وَاغْفِرْ لِي مَا ارْتَكَبْتُهُ بِفَضْلِكَ وَجُودِكَ وَكَرَمِكَ يَآ أَكْرَمَ الْأَكْرَمِينَ.
Dan ampunilah bagiku dosa yang telah aku lakukan dengan kurniaan, kemurahan, dan kemuliaan-Mu, wahai Yang Maha Pemurah di antara segala yang pemurah
وَصَلَّى اللَّهُ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ خَاتَمِ النَّبِيِّينَ وَإِمَامِ الْمُرْسَلِينَ. وَعَلَىٰٓ ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ. وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ. وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ.
Selawat Allah ke atas penghulu kami Muhammad, penutup para Nabi dan imam para Rasul, juga ke atas keluarga dan para sahabat baginda sekalian; kesejahteraan ke atas para Rasul dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam