عَلَى الْعَقِيقِ اجْتَمَعْنَا
Di Al-Aqiq Kita Berkumpul
Ms
عَلَى الْعَقِيقِ اجْتَمَعْنَا
نَحْنُ وَسُودُ الْعُيُونِ
Di lembah al-Aqiq kita berkumpul,
bersama para jelita yang bermata hitam
مَا ظَنِّ مَجْنُونَ لَيْلَى
قَدْ جُنَّ بَعْضَ الْجُنُونِ
Apakah sangkaanmu terhadap Majnun Layla?
Dia hanyalah merasai sekelumit kegilaan ini
فَيَا عُيُوني عَيَوْنِي
وَيَا جُفُونِي جَفَوْنِي
Wahai mataku, alangkah kau meletihkanku,
dan wahai kelopak mataku, mengapa kau meminggalkanku
وَيَا قُلَيْبِي تَصَبَّرْ
عَلَى الَّذِي فَارَقُونِي
Wahai kepingan hatiku, tetaplah bersabar,
terhadap mereka yang telah berpisah dariku
فَارَقْتُهُمْ يَوْمَ الاِثْنَيْنِ
صُبْحَ الثَّلَاثَا وَاحِشُونِي
Aku berpisah dengan mereka pada hari Isnin,
menjelang pagi Selasa, aku merana merindui mereka
هُمْ سَادَةٌ خَلَّفُونِي
أَبْكِي دَماً مِنْ عُيُونِي
Mereka adalah para tuan mulia yang meninggalkanku,
hingga aku menangiskan titisan darah dari mataku
بَكَيْتُ حَتَّى رَثَانِي
الْطَّيْرُ فَوْقَ الْغُصُونِ
Aku menangis sehingga burung-burung,
di atas dahan turut merasa hiba padaku
بِاللهِ إِنْ مُتُّ شَوْقاً
بِأَدْمُعِي غَسِّلُونِي
Demi Allah, jika aku mati kerana rindu,
mandikanlah jenazahku dengan air mataku sendiri
نُوحُوا عَلَيَّ وَقُولُوا
هَذَا قَتِيلُ العُيُونِ
Ratapilah aku dan katakanlah,
“Inilah mangsa yang terkorban dek pandahan mata itu.”
مَا زِلْتُ حَوْلَ الْمَطَايَا
أَقُولُ بِاللهِ احْمِلُونِي
Aku terus merayu di sisi haiwan tunggangan,
“Demi Allah, bawalah aku bersama kamu”
إِلَى مَنَازِلِ قَوْمِي
سَارُوا وَمَا وَدَّعُونِي
Menuju ke kediaman kaumku,
mereka berangkat tanpa mengucapkan salam perpisahan
رُوحْ يَا رَسُولِي إِلَيْهِمْ
سِرْعاً وَقَبِّلْ يَدَيْهِمْ
Pergilah wahai utusanku kepada mereka,
bergegaslah dan kucuplah tangan mereka
وَاقْرَأْ سَلَامِي عَلَيْهِمْ
لَعَلَّهُمْ يَقْبَلُونِي
Sampaikanlah salamku kepada mereka,
moga-moga mereka sudi menerimaku kembali
جَانِي الْرَّسُول وَهُوَ يَضْحَكْ
وَقَالَ أَبْشِرْ بِصُلْحِكْ
Utusanku datang kepadaku sambil tersenyum,
dan berkata, “Gembiralah, perdamaian kini milikmu!”
وَحَيَاةِ عَيْشِكَ وَمِلْحِكْ
هُمْ بِالوِصَالِ وَاعَدُونِي
Demi ikatan garam dan budi yang tersisa,
mereka telah berjanji untuk bersatu semula denganmu