جَمِّلْ أَحْوَالَنَا وَ ارْحَمْ وَ لَاتَمْتَحِنَّا
Beautify Our Condition, Have Mercy on Us, and Do Not Test Us
Ms
Ms
الله الله يَا الله الله الله يَا الله
جَمِّلْ أَحْوَالَنَا وَارْحَمْ وَلَاتَمْتَحِنَّا
Allah Allah ya Allah, Allah Allah ya Allah
Perindahkanlah keadaan kami, rahmatilah kami, dan janganlah Engkau menguji kami.
يَا أَكْحَلَ العَيْنْ حَيِّ الدَّانْ لَيْلَةْ سَمَرْنَا
نَكِّشِ الدَّانْ مِنْ مَغْنَى سُلَيْمَا أَلِفْ مَعْنَى
Wahai si mata hitam bercelak, hidupkanlah alunan di malam perbincangan kami
Singkapkanlah dari nyanyian kediaman Sulayma seribu makna.
مِنْ سَنَا البَرْقْ لِيْ لَألَأْ عَلَى طُورِ سِينَاءْ
يَوْمْ مُوسَى اقْتَبَسْ مِنُّهْ وَ نَحْنُ اصْطَلَيْنَا
Dari pancaran kilat yang berkilauan di atas Gunung Sinai
Pada hari Musa mencari nyala darinya, sedang kami berdiang di apinya.
مَنْ نَظَرْ مِنْهُ بَرْقَةْ صَاحْ مِنْهَا وَ أَنَّا
مَنْ سَمِعْ أَنَّةَ المَحْزُونْ تَخْشَاهْ يَفْنَى
Sesiapa yang melihat kilatannya nescaya dia berteriak dan merintih
Sesiapa yang mendengar rintihan si hiba, bimbanglah dia akan fana dalam keasyikan.
يَا الله اِرْحَمْهُ وَانْظُرْ لُهْ فَإِنُّهْ مُعَنَّى
مِثِلْ ذُولَاكْ لِي ذَاقُوهْ مِن قَبِلْ كُنَّا
Ya Allah, rahmatilah dia dan pandanglah dia, kerana sesungguhnya dia menderita rindu
Seperti mereka yang telah merasainya sebelum kewujudan kami.
أَهِلْ حَضْرَتِهْ لِي مِنْ شُرْبِهِمْ قَدْ شَرِبْنَا
وَالَّذِي عَاصَرُونَا مَا دَرُوا إِيشْ مَعْنَا
Para ahli dalam hadrat-Nya, yang minumannya telah kami teguk
Sedangkan mereka yang sezaman dengan kami tidak mengetahui makna kami.
مِن شَرَابِ المَحَبَّةْ وَ الصَّفَا لِي شَرِبْنَا
وَاصْطَبَحْنَا مِنْ أَقْدَاحِ الهَوَى وَاغْتَبَقْنَا
Dari minuman cinta dan kesucian telah kami teguk
Kami meminumnya di waktu pagi dari piala asmara, dan di waktu petang jua.
كُلُّ مَنْ كَانْ يُنْكِرْ ذَا يَجِي يَسْتَمِعْنَا
يَسْتَمِعْ فَضْلَنَا نَصَّ الكِتَابِ المُبِينَا
Biarlah setiap yang mengingkari ini datang dan mendengar kami
Biarlah dia mendengar keutamaan kami, nas yang jelas dari Kitab yang nyata.
أَهْلُ بَيْتِ النَّبِيّ أَهْلُ الوَفَا وَاليَقِينَا
هُمْ هُمْ أَهْلُ الكِسَاءْ يَا الله بِهِمْ جُدْ عَلَيْنَا
Ahli bait Nabi, golongan yang setia dan penuh keyakinan
Merekalah Ahlul Kisa’, ya Allah dengan kemuliaan mereka kurniakanlah anugerah-Mu kepada kami.
هُمْ هُمْ أَهْلُ الكِسَاءْ يَا الله بِهِمْ جُدْ عَلَيْنَا
بالعَوَافِي فِي الدَّارَيْنْ وَالكُلُّ مِنَّا
Merekalah Ahlul Kisa’, ya Allah dengan kemuliaan mereka kurniakanlah anugerah-Mu kepada kami
Dengan kesejahteraan di kedua-dua negeri, buat kami dan seluruh kerabat kami.
جَمِّل أَحْوالَنَا وَ ارْحَمْ وَ لَاتَمْتَحِنَّا
وَ الصَّلَاةُ عَلَى احْمَدْ مَاَ غَفَتْ كُلُّ عَيْنَا
Perindahkanlah keadaan kami, rahmatilah kami dan janganlah Engkau menguji kami
Dan selawat ke atas Ahmad selama mana setiap mata terlelap dalam tidur.