مَا مَعِي وَجَهْ قَابِل بِهْ سِوَى حُسُنْ ظَنِّي
Tiada bagiku wajah untuk menghadap-Mu melainkan sangka baikku terhadap-Mu.
Ms
مَا مَعِي وَجَهْ قَابِل بِهْ سِوَى حُسُنْ ظَنِّي
فِيكْ يَا رَبِّ فَارْحَمْنِي وَلَا تَمْتَحِنِّي
Tiada bagiku wajah untuk menghadap-Mu melainkan sangka baikku
Kepada-Mu wahai Tuhanku, maka rahmatilah daku dan janganlah Engkau mengujiku
تُبْتْ يَا رَبِّ فَاقْبَلْ تَوْبَتِي وَاعْفُ عَنِّي
وَامْحُ ذَنْبِي وَسَامِحْ كُلَّ تَقْصِيرْ مِنِّي
Aku telah bertaubat wahai Tuhanku, maka terimalah taubatku dan maafkanlah daku
Padamkanlah dosaku dan ampuni segala kekuranganku
خِفِتْ مِنْ عَاقِبَةْ أَمْرِي فَجُدْ لِي بِأَمْنِي
مَحِضْ فَضْلٍ وَإِحْسَانٍ وَجُودٍ وَمَنِّ
Aku takut akan kesudahan urusanku, maka kurniakanlah keamanan bagiku
Melalui murni kurniaan, ihsan, kemurahan, dan anugerah-Mu
آه مِنْ عَثْرَتِي يَا رَبِّ مِنْهَا أَقِلْنِي
زَادْ ذَنْبِي وَمِنْ كُثْرِ الْخَطَا حَارْ ذِهْنِي
Aduhai Tuhanku, atas ketergelinciranku, maka bangkitkanlah daku darinya
Telah bertambah dosaku, dan kerana banyaknya kesalahanku, akalku menjadi buntu
أَدْرِكْ أَدْرِكْ بِتَعْجِيلِ الْفَرَجْ وَانْتَقِدْنِي
وَاعْطِنِي عِلِمْ مِنْكَ يَا إِلَهِي لَدُنِّي
Bantulah aku, bantulah aku, segerakanlah jalan keluar dan selamatkanlah daku
Dan kurniakanlah aku ilmu daripada-Mu wahai Tuhanku, ilmu ladunni
يَنْجَلِي بِهْ عَنِ الْقَلْبِ الْصَّدِى كُلَّ رَيْنِ
ياَ سَمِيعَ الْدُّعَاءْ سَلْكَ اسْتَجِبْ وَاسْتَمِعْنِي
Yang dengannya segala karat dan setiap hijab tersingkap dari hati
Wahai Yang Maha Mendengar doa, perkenankanlah dan dengarlah rintihanku
مَا لِي إِلَّا أَنْتَ مُعْطِي
مَا لِي إِلَّا أَنْتَ مُغْنِي
Tiada bagiku melainkan Engkau Sang Pemberi
Tiada bagiku melainkan Engkau Sang Pemerkaya