يَـا سَـيِّـدَ الرُّسْـلِ غَـارَة
Wahai Penghulu Para Rasul, Berikan Perlindungan
Ms
الله الله يَا الله الله الله يَا الله
يَـا رَبِّ صَـلِّ عَـلَـى الـمُخْتَارِ خَيْرِ العَبِيدْ
Allah, Allah, ya Allah! Allah, Allah, ya Allah!
Wahai Tuhanku, limpahkanlah selawat ke atas al-Mukhtar sebaik-baik hamba.
يَـا سَـيِّـدَ الرُّسْـلِ غَـارَةْ لِأَقَـلِّ الـعَـبِـيـدْ
بِـوَصْلِ مَـحْبُوبِ قَـلْبِي يَـنْطَفِي ذَا الوَقِيدْ
Wahai Penghulu para Rasul, berilah pertolongan kepada hamba yang paling hina
Dengan pertemuan kekasih hatiku, terpadamlah api yang membara ini.
قَـدْ يَـجْـمَـعُ اللهُ مِـنْ بَعْدِ الأَيَـاسِ البَعيدْ
وَكَيْفَ آيِسْ وَهُـوْ قَـادِرْ عَـلَـى مَـا يُرِيـدْ
Sesungguhnya Allah menyatukan kembali setelah putus asa yang lama dan jauh
Dan masakan aku berputus asa sedangkan Dia Maha Kuasa atas segala yang dikehendaki-Nya.
نَـذَرْتُ شَافْعَلْ إذَا شَاهَدْتُ عَيدِيدَ عِيدْ
يَــا وَادِيَ الغِيدِ ذِي مَــا مِثْلُهُمْ قَــطُّ غِيدْ
Telah aku nazarkan apa yang akan kulakukan jika aku melihat Aidid di hari raya
Wahai lembah para rupawan yang tiada tandingan bagi mereka selamanya.
قُـولُـوا لَـهُـمْ: مَـا تَـرِقُّوا لِلغَرِيبِ الوَحِيدْ
مَـهْـلاً مِـنَ البُعْدِ مَهْلاً مَـا عَـلَـى ذَا مَزِيدْ
Katakanlah kepada mereka: Tidakkah kalian belas kasihan kepada perantau yang sendirian?
Cukuplah dengan kejauhan ini, cukuplah; kerana tiada lagi daya untuk menanggung lebih daripadanya.
وَلَا بَـلـي قَــطّْ شَوْقِي غَـيـرَ دَائِـمْ جَدِيدْ
لِعَيْدَرُوسِ الـمَـعَـالِـي ثُــمَّ سَعْدِ السَّعِيدْ
Kerinduanku tidak pernah pudar, bahkan sentiasa kekal dan baru
Buat Aydarus yang berkedudukan tinggi, serta buat Sa’ad yang amat bahagia.
كَـمْ دَمَّـرُوا لِـي أَعَـادِي رُبَّ ظَـالِـمْ عَنِيدْ
وَأَنَا بِهِم إِنْ قَصَرْ جَهْدِي فِي النَّاسِ جِيدْ
Betapa banyak musuh yang telah mereka binasakan untukku, serta si zalim yang degil
Dan dengan keberkatan mereka, meski terbatas usahaku, aku tetap mulia di antara manusia.
وَكُـلُّ عَـامٍ يَـقُـولُــوا هَــانْ وَأَنــا أَزِيــدْ
بِـعَـونِ رَبِّـي وَأَخْـتِـمْ بِـالـوَلِـيِّ الـحَمِيدْ
Setiap tahun mereka berkata dia telah lemah, namun keadaanku terus bertambah
Dengan pertolongan Tuhanku, dan aku akhiri dengan Sang Wali yang terpuji.
صَـلُّـوا عَـلَـى أَحْـمَـدْ وَمَـنْ صَلَّـى عَـلَـى أَحْـمَـدْ يُـفِـيـدْ
Berselawatlah ke atas Ahmad, kerana sesiapa yang berselawat ke atas Ahmad pasti beroleh keuntungan