مَا لِلنِّيَاقِ إِذَا حَدَا جَمَّالُهَا
Apa gerangan unta-unta betina itu apabila pemandunya mula berdendang?
Ms
مَا لِلنِّيَاقِ إِذَا حَدَا جَمَّالُهَا
تَدَعُ الْعَنَاءَ وَلَا تَمَلُّ مَلَالَهَا
Mengapa gerangan unta-unta itu tatkala pemandunya mendendangkan lagu?
Ia meninggalkan kepenatan dan tidak merasa jemu akan perjalanannya.
وَتَرَىٰ لَهَا فِي السَّيْرِ جِدًّا وَاضِحًا
شَوْقًا تَمُدُّ يَمِينَهَا وَشِمَالَهَا
Kau melihat pada langkahnya keazaman yang nyata,
kerana kerinduan ia melenggok ke kanan dan ke kirinya.
وَتَبَاشَرَتْ لَمَّا أَتَتْ بَدْرًا رَأَتْ
نُورَ النَّبِيِّ الْهَاشِمِيِّ بَدَا لَهَا
Ia bersukaria tatkala tiba dan melihat Badr,
kerana cahaya Nabi al-Hasyimi telah zahir di hadapannya.
غَنِّ لَهَا يَا سَعْدُ بِاسْمِ مُحَمَّدٍ
فَلَعَلَّهَا تُصْغِي لِمَنْ غَنَّىٰ لَهَا
Maka dendangkanlah wahai Sa'd dengan nama Muhammad,
barangkali ia akan memasang telinga kepada sesiapa yang menyanyi untuknya.