أَيَا مُرِيْدَ الله
Ms
الله الله الله الله سَيَّدِي الله
الله الله الله اَلْعَظِيْمُ الله
Allah Allah Allah Allah Tuanku Allah
Allah Allah Allah Yang Maha Agung Allah
أَيَا مُرِيْدَ اللهُ نُعِيدْ لَكْ قَوْلِ اصْغَهْ
إِذَا تَفْهَمْ قَوْلِي بِهِ تَصِلْ لِلّهْ
Wahai pencari Allah, kuulangi buatmu kata, maka dengarkanlah
Jika engkau fahami kataku, nescaya dengannya engkau sampai kepada Allah
عَلَيْكَ يَا مُرِيدْ بِخَمْرَةِ التَّوْحِيدُه
وَإِنْ تَبْغِ الْمَزِيدْ فَالْغَيْرُ عَنْكَ انْسَهْ
Hendaklah engkau wahai murid, meneguk khamrah Tauhid
Dan jika engkau inginkan tambahan, maka lupakanlah selain daripada-Nya
فَاذْكُرْ الاسْمَ الْأَعْظَمْ وَاطْوِ الْكَوْنَ تَغْنَمْ
وَخُضْ بَحْرَ الْقِدَمْ فَذَاكَ بَحْرُ الله
Maka zikirlah Ismu al-A'zam dan lipatlah alam agar kau beruntung
Dan redahlah lautan Qidam, kerana itulah lautan Allah
وَخُضْ بَحْرَ الْأَنْوَارْ وَالْمَعْنَى وَالْأَسَرَارْ
وَافْنِ هَذِي الدِّيَارْ يَبْلُغْ قَلْبُكْ مُنَاهْ
Dan redahlah lautan cahaya, makna-makna serta rahsia-rahsia
Dan fana'kanlah segala alam ini, nescaya hatimu mencapai cita-citanya
وَلْتَفْنَ في الْمَعْبُودْ تَذُوقْ مَعْنَى الشُّهُودُ
إِذْ لَيْسَ ذَا الْوُجُودْ إِلَّا مِنْ نُورِ الله
Dan fana'lah engkau pada Tuhan yang disembah, agar kau kecapi makna syuhud
Kerana tiadalah kewujudan ini melainkan daripada cahaya Allah
الْمُلْكُ وَالْمَلَكُوتْ كَذَاكَ الْجَبَرُوتْ
فَكُلُهَا نُعُوتْ وَالذَّاتُ مُسَمَّاهُ
Alam Mulk dan Malakut, begitulah juga Jabarut
Semuanya hanyalah sifat-sifat, sedangkan Zat itulah yang dinamakan
فَغِبْ عَنِ الصِّفَاتْ وَافْنَ في ذَاتِ الذَّاتْ
هَذِي تَلَوُّنَاتْ مَصِيرُهَا لِلِهُ
Maka lenyaplah dari sifat-sifat dan fana'lah dalam Zat segala Zat
Inilah segala warna-warni yang kesudahannya kembali kepada Allah
إِلَيْهِ الْمُنْتَهَى وَمِنْهُ الْمُبْتَدَا
وَالْآنَ قَدْ بَدَا وَالْكَوْنُ فِي حُلَاهْ
Kepada-Nya segala kesudahan dan daripada-Nya segala permulaan
Dan kini Dia telah zahir, sedang alam semesta dalam perhiasan-Nya
لَهُ الْكَوْنُ مِرْآتْ وَمَظْهَرُ الصِّفَاتْ
مُحَمَّدْ نُورُ الذَّاتْ عَلَيْهِ صَلَّى الله
Bagi-Nya alam ini adalah cermin dan tempat zahirnya sifat-sifat
Muhammad itu cahaya Zat, ke atasnya selawat Allah
الْعَلَاوِيْ يَقُوْلْ قَوْلًا مِنْهُ مَقْبُولُ
تَهِيْمُ بِهِ الْعُقُولْ تَغِيبْ فِي ذَاتِ الله
Al-Alawi berkata dengan ucapan yang darinya diterima
Segala akal terpukau dengannya, lenyap dalam Zat Allah