قَصِيدَةُ الْمَقْبُولَةِ
The Accepted Poem
Ms
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدْ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمْ
Semoga Allah melimpahkan selawat ke atas Muhammad
Semoga Allah melimpahkan selawat dan salam ke atas baginda
رَوْضَةُ الْهَادِي نَبِيِنَا
هُيِّئَتْ لِلْمُتَّقِينَا
Taman Sang Pemberi Petunjuk, Nabi kita
Telah disediakan bagi mereka yang bertakwa
كُلُّ مَنْ قَالُوا رَضِينَا
بِالْحَبِيبْ مَوْلَاىْ مُحَمَّدْ
Setiap orang yang berkata, "Kami reda
Dengan Kekasih, penghulu kami Muhammad"
حُبُّهُ عَيْنُ الْكَمَالِ
جَاهُهُ عَالٍ وَغَالِ
Cinta kepadanya adalah intipati kesempurnaan
Kedudukannya tinggi dan berharga
صَحْبُهُ خَيْرُ الرِّجَالِ
بَايَعُوا الْهَادِي مُحَمَّدْ
Para sahabatnya adalah sebaik-baik manusia
Mereka berbaiah kepada Sang Pemberi Petunjuk Muhammad
وَجْهُهُ فَاقَ الْبُدُورَا
زَادَهُ الْمَوْلَى سُرُورَا
Wajahnya mengatasi sinaran purnama
Tuhan menambahkan kegembiraan kepadanya
قَدْ بَدَا فِي الْكَوْنِ نُورَا
قَبْلَ خَلْقِ اللَّهِ مُحَمَّدُ
Satu cahaya telah nyata di cakerawala
Sebelum ciptaan Allah, Muhammad
حُبُّهُ فَرْضٌ وَحَتْمُ
مِدْحَهُ خَيْرٌ وَغُنْمُ
Cinta kepadanya adalah fardu dan kewajipan
Memujinya adalah kebaikan dan keuntungan
لَيْسَ يَأْتِي الْقَلْبَ هَمُّ
لِلَّذِي يَهْوَي مُحَمَّدْ
Tiada kedukaan mendatangi hati
Bagi orang yang mencintai Muhammad
بَحْرُ عِلْمِ اللهِ أَحْمَدْ
كُلُّ مَنْ يَلْقَاهُ يَسْعَدْ
Ahmad adalah lautan ilmu Allah
Sesiapa yang menemuinya mencapai kebahagiaan
حَوْضُهُ الصَّافِي الْمُبَرَّدْ
لِلَّذِي يَعْشَقْ مُحَمَّدْ
Telaganya jernih dan sejuk
Bagi orang yang memuja Muhammad
يَفْتَحُ اللهُ الْعَوَالِمْ
بإِمَامٍ لِلْمَكَارِمْ
Allah membuka alam semesta
Melalui Imam akhlak yang mulia
لِجَمِيعِ الرُّسْلِ خَاتَمْ
الحَبِيبْ مَوْلَاىْ مُحَمَّدْ
Penutup bagi sekalian Rasul
Kekasih, penghuluku Muhammad
خَيْرُ خَلْقِ اللهِ طَهَ
مِثْلُ شَمْسٍ فِي ضُحَاهَا
Taha sebaik-baik ciptaan Allah
Umpama mentari di sinaran duhanya
هَذِهِ الدُّنْيَا نَرَاهَا
فِي ضِيَاءٍ مِنْ مُحَمَّدْ
Dunia ini yang kita saksikan
Berada di dalam pancaran cahaya Muhammad
أَكْحَلُ الْعَيْنَيْنِ أَدْعَجْ
نُورُهُ الْمَحْبُوبُ أَبْلَجْ
Bermata celak dan bundar mempesona
Cahayanya yang dicintai amat bersinar
أَشْنَبُ الْأَسْنَانِ أَفْلَجْ
فَاقَ رُسْلَ اللّهْ مُحَمَّدْ
Bergigi putih berseri dan tersusun rapi
Muhammad mengatasi para utusan Allah
وَجْهُهُ يَا نَاسُ نَائِرْ
سَيِّدِي مَوْلَى الْبَشَائِرْ
Wahai manusia, wajahnya bercahaya
Penghuluku, pembawa khabar gembira
ذُخْرُنَا نُورُ الْبَصَائِرْ
إِسْمُهُ الْهَادِي مُحَمَّدْ
Simpanan berharga kita, cahaya mata hati
Namanya Sang Pemberi Petunjuk Muhammad
قَدْرُهُ الْعَالِي الْمُفَضَّلْ
وَصْفُهُ الْغَالِي الْمُكَمَّلْ
Kedudukannya tinggi dan dilebihkan
Sifatnya berharga dan disempurnakan
وَحْيُ رَبِّي قَدْ تَنَزَّلْ
لِلْحَبِيبْ مَوْلَاىْ مُحَمَّدْ
Wahyu Tuhanku telah turun
Kepada Kekasih, penghuluku Muhammad
فَضْلُهُ عَمَّ النَّوَاحِي
لِظَلَامِ الْكُفْرِ مَاحِي
Kurnianya meliputi seluruh pelusuk
Menghapuskan kegelapan kekufuran
فِي الصَّحَارِى وَالْبِطَاحِ
أَشْرَقَتْ أَنْوَارْ مُحَمَّدْ
Di gurun-gurun dan lembah-lembah
Cahaya Muhammad telah bersinar
شَرْعُهُ لِلْكَوْنِ يَعْمُرْ
وَبِهِ الْأَيَّامُ تَفْخَرْ
Syariatnya memakmurkan alam semesta
Dan hari-hari berbangga dengannya
دَمْعُ مَنْ يَهْوَاهُ يَقْطُرْ
مِنْ غَرَامٍ فِي مُحَمَّدْ
Air mata pencintanya menitis
Kerana rindu mendalam pada Muhammad
حُسْنُهُ لِلْبَدْرِ أَخْجَلْ
وَبِهِ غَيْبٌ تَنَزَّلْ
Ketampanannya mempermalukan purnama
Dan melaluinya yang Ghaib diturunkan
وَجُمُوعَ الْكُفْرِ عُطِّلْ
مِنْ عَزِيمِ مَوْلَانَا مُحَمَّدْ
Dan pasukan kekufuran telah dilumpuhkan
Oleh keazaman penghulu kita Muhammad
الْبَعِيرُ يَشْكُو الْمَجَاعَهْ
لِلنَّبِيِّ بَيْنَ الْجَمَاعَةْ
Unta mengadu kelaparan
Kepada Nabi di tengah-tengah perhimpunan
قَالَ يَا مَوْلَى الشَّفَاعَةْ
كُنْ شَفِيعِي يَا مُحَمَّدْ
Ia berkata, "Wahai Pemilik Syafaat
Jadilah penolongku, wahai Muhammad"
نَادَتِ الْهَادِي غَزَالَهْ
تَشْتَكِي تُبْدِي مَقَالَهْ
Seekor kijang menyeru Sang Pemberi Petunjuk
Mengadu dan menyatakan rayuannya
يَا إِمَامًا لِلْرِّسَالَهْ
كُنْ ضَمِينِي يَا مُحَمَّدْ
Wahai Imam bagi Risalah
Jadilah penjaminku, wahai Muhammad
هَذِهِ الدُّنْيَا كَسَاعَهْ
إِجْعَلِ الْأَعْمَالَ طَاعَهْ
Dunia ini hanyalah sesaat
Maka jadikanlah amalmu sebagai ketaatan
وَاشْتَرِي خَيْرَ بِضَاعَهْ
زَوْرَةَ الْهَادِي مُحَمَّدْ
Dan belilah sebaik-baik dagangan
Suatu ziarah kepada Sang Pemberi Petunjuk Muhammad
هَذِهِ الدُّنْيَا تَزُولُ
وَالْبَقَا لَيْسَ يَطُولُ
Dunia ini pasti berlalu
Dan kekalnya tidaklah lama
أَيْنَ مَنْ يَمْشِي يَقُولُ
كُنْ شَفِيعِي يَا مُحَمَّدْ
Di manakah dia yang berjalan sambil berkata
"Jadilah penolongku, wahai Muhammad"
رَبَّنَا يَسِّرْ وَسَهِّلْ
زَوْرَةَ الْمُخْتَارِ عَجِّلْ
Wahai Tuhan kami, permudah dan ringankanlah
Segerakanlah ziarah kepada Sang Terpilih
دَمْعُنَا يَهْمِى وَيَنْزِلْ
مِنْ غَرَامٍ فِي مُحَمَّدْ
Air mata kami mengalir dan menitis
Kerana rindu mendalam pada Muhammad
رَبَّنَا هَيِّئْ طَرِيقَا
كُنْ لَنَا رَبِّي رَفِيقَا
Wahai Tuhan kami, sediakanlah satu jalan
Jadilah pendamping kami, Tuhanku
كَيْ نَرَى بَدْرًا شَفِيقَا
الْحَبِيبْ مَوْلَايْ مُحَمَّدْ
Agar kami dapat melihat purnama yang penuh belas kasih
Kekasih, penghuluku Muhammad
ظَنُّنَا فِيكَ جَمِيلُ
أَنْتَ يَا رَبِّي وَكِيلُ
Harapan kami kepada-Mu adalah indah
Engkaulah, Tuhanku, Pelindung kami
وَالنَّبِي نِعْمَ الْكَفِيلُ
الْحَبِيبْ مَوْلَايْ مُحَمَّدْ
Dan Nabi itu sebaik-baik penjamin
Kekasih, penghuluku Muhammad
كُلُّنَا يَرْجُو الْبَشَارَهْ
بِالرَّحِيلْ نَحْوَ الزِّيَارَهْ
Kami semua mengharapkan khabar gembira
Berangkat menuju ziarah
حَبَّذَا تِلْكَ التِّجَارَهْ
زَوْرَةُ الْهَادِي مُحَمَّدْ
Alangkah baiknya perniagaan itu
Suatu ziarah kepada Sang Pemberi Petunjuk Muhammad
أَيْنَ أَصْحَابُ الكَمَالِ
أَيْنَ سَادَاتُ الرِّجَالِ
Di manakah para pemilik kesempurnaan
Di manakah para pembesar manusia
أَنْفَقُوا مِنْ خَيْرِ مَالِ
قَاصِدِينَ مَوْلَاىْ مُحَمَّدْ
Mereka membelanjakan dari harta yang terbaik
Menuju penghuluku Muhammad
دَمْعُهُمْ يَقْطُرْ وَبَادِي
كُلَّمَا حَلُّوا بِوَادِي
Air mata mereka menitis dan terlihat
Setiap kali mereka singgah di lembah
قَصْدُهُمْ خَيْرُ العِبَادِ
الْحَبِيبْ مَوْلَاىْ مُحَمَّدْ
Tujuan mereka adalah sebaik-baik hamba
Kekasih, penghuluku Muhammad
سَارَ بِالرَّحْمَنِ سَارَا
رَكْبُهُمْ يَطْوِي الْقِفَارَا
Demi Yang Maha Pemurah mereka berjalan
Kafilah mereka melintasi padang belantara
وَرَأَيْنَاهُمْ جَهَارَا
عَاشِقِينْ مَوْلَاىْ مُحَمَّدْ
Dan kami melihat mereka dengan nyata
Para pencinta penghuluku Muhammad
حَرُّ هَاتِيْكَ الْبَوَادِي
مِثْلُ ثَلْجٍ مِنْ وِدَادِ
Panasnya gurun-gurun itu
Ibarat salju dek kerana cinta
حِصْنُهُمْ خَيْرُ الْعِبَادِ
رَحْمَةُ الْهَادِي مُحَمَّدْ
Benteng mereka adalah sebaik-baik hamba
Rahmat Sang Pemberi Petunjuk Muhammad
اسْكُبِ الدَّمْعَ حَلَالًا
عِنْدَمَا تَلْقَى الْهِلَالَا
Curahkanlah air mata dengan bebas
Saat engkau melihat anak bulan terbit
مِنْ بَعِيدٍ قَدْ تَلَالَا
فِيْهِ نُورٌ مِنْ مُحَمَّدْ
Dari jauh ia telah bergemerlapan
Membawa cahaya daripada Muhammad
هَذِهِ الْخَضْرَاءُ تَظْهَرْ
نُورُهَا لِلْعَقْلِ يَبْهَرْ
Kubah hijau ini menampakkan diri
Cahayanya memukau akal fikiran
عِنْدَ رُؤْيَاهَا تَحَدَّرْ
دَمْعُ مَنْ يَعْشَقُ مُحَمَّدْ
Ketika melihatnya, maka mengalirlah
Air mata orang yang memuja Muhammad
رَوْضَةُ الْهَادِي نَبِيِّنَا
تُفْرِحُ الْقَلْبَ الْحَزِينَا
Taman Sang Pemberi Petunjuk, Nabi kita
Menggembirakan hati yang bersedih
أَبْشِرُوا يَا زَائِرِينَا
بِالشَّفَاعَةِ مِنْ مُحَمَّدْ
Bergembiralah wahai pengunjung kami
Dengan syafaat daripada Muhammad
هَذِهِ الرَّوْضَةُ أَبْشِرْ
قَدْ وَصَلْنَا لِلْمُبَشِّرْ
Inilah taman itu, maka bergembiralah
Kita telah tiba di Pembawa Khabar Gembira
أَمْرُ دُنْيَا لَا تُفَكِّرْ
وَانْظُرِ الْهَادِي مُحَمَّدْ
Janganlah fikirkan perihal duniawi
Dan pandanglah Sang Pemberi Petunjuk Muhammad
كُلُّ مَنْ زَارَ الْمَقَامَا
فَالنَّبِي رَدَّ السَّلَامَا
Setiap orang yang menziarahi makam
Nabi menjawab salam mereka
يَعْرِفُ الْخَلْقَ تَمَامَا
بَشِّرُوا زُوَّارَ مُحَمَّدْ
Baginda mengenali makhluk dengan sempurna
Berilah khabar gembira kepada penziarah Muhammad
هَامَتْ الْأَرْوَاحُ حُبًّا
دَمْعُنَا قَدْ سَالَ صَبًّا
Roh-roh berkelana dalam cinta
Air mata kami mengalir mencurah-curah
نَالَتْ الزُّوَّارُ قُرْبًا
لِلْحَبِيبِ مَوْلَايْ مُحَمَّدْ
Para penziarah mencapai kehampiran
Dengan Kekasih, penghuluku Muhammad
يَا حَبِيبَ الْمُتَّقِينَا
وَسِرَاجًا وَمُبِينَا
Wahai Kekasih orang-orang yang bertakwa
Serta pelita dan cahaya yang nyata
يَا أَبَا الْقَاسِمْ دُعِينَا
فَأَتَيْنَا يَا مُحَمَّدْ
Wahai Abu al-Qasim, kami telah diseru
Lalu kami pun datang, wahai Muhammad
مَرْحَبًا يَا مُصْطَفَانَا
حُبُّكَ الْغَالِي أَتَانَا
Selamat datang wahai Insan Terpilih kami
Cintamu yang berharga telah datang kepada kami
مِنْ بَعِيدٍ قَدْ دَعَانَا
لِلْحَبِيبِ مَوْلَايْ مُحَمَّدْ
Dari jauh ia menyeru kami
Menuju Kekasih, penghuluku Muhammad
كَيْ نَرَي ذَاكَ الْمَقَامَا
فِيهِ بَدْرٌ قَدْ تَسَامَى
Agar kami dapat melihat makam itu
Di mana satu purnama telah meninggi
وَأَخُو الشَّوْقِ تَسَامِي
مِنْ هِيَامٍ فِي مُحَمَّدْ
Dan orang yang rindu itu bangkit
Dari asmara mendalam kepada Muhammad
يَا شَفِيعًا لِلذُّنُوبِ
وَغِيَاثًا فِي الْكُرُوبِ
Wahai pemberi syafaat bagi dosa-dosa
Dan penyelamat dalam penderitaan
وَضِيَاءً لِلْقُلُوبِ
أَنْتَ نُورُ يَا مُحَمَّدْ
Dan sinaran bagi hati
Engkaulah cahaya, wahai Muhammad
جَاهُكَ الْمَرْجُو عَظِيمٌ
أَنْتَ مِفْضَالٌ كَرِيمٌ
Kedudukanmu yang diharap amatlah agung
Engkau insan utama yang mulia
وَرَءُوفٌ وَرَحِيمٌ
وَعَفُوٌّ يَا مُحَمَّدْ
Penuh belas kasihan dan penyayang
Dan maha pemaaf, wahai Muhammad
أَبْشِرُوا يَا مَنْ رَأَيْتُمْ
رَوْضَةَ الْهَادِي وَزُرْتُمْ
Bergembiralah, wahai kamu yang telah melihat
Taman Sang Pemberi Petunjuk dan menziarahinya
عِنْدَ رَبِّ الْعَرْشِ كُنْتُمْ
زَائِرِينَ مَوْلَايْ مُحَمَّدْ
Di sisi Tuhan Pemilik Arasy, kamu adalah
Penziarah penghuluku Muhammad
قَدَّرَ الْمَوْلَى السَّعَادَهْ
وَدَعَاكُمْ لِلْعِبَادَهْ
Tuhan telah menetapkan kebahagiaan
Dan menjemput kamu untuk beribadah
هَذِهِ الْحُسْنَى زِيَادَهْ
زَوْرَةُ الْهَادِي مُحَمَّدْ
Inilah kebaikan yang hakiki dan lebih lagi
Suatu ziarah kepada Sang Pemberi Petunjuk Muhammad
سَعْدُكُمْ يَا مَنْ تَزُورُوا
وَجْهُكُمْ يَعْلُوهُ نُورُ
Berbahagialah kamu yang menziarah
Wajah kamu diselubungi cahaya
رَبُّكُمْ رَبٌّ غَفُورُ
لِلَّذِي قَدْ زَارَ مُحَمَّدْ
Tuhan kamu adalah Tuhan Yang Maha Pengampun
Bagi orang yang telah menziarahi Muhammad
لَوْ رَأَيْنَا الْوَاقِفِينَا
لَوْ رَأَيْنَا الْقَاعِدِينَا
Seandainya kami melihat mereka yang berdiri
Seandainya kami melihat mereka yang duduk
لَوْ رَأَيْنَا السَّائِلِينَا
الشَّفَاعَةَ مِنْ مُحَمَّدْ
Seandainya kami melihat mereka yang memohon
Syafaat daripada Muhammad
نُورُ خَيْرِ الْخَلْقِ يُجْلِي
وَكِتَابُ اللهِ يُتْلِي
Cahaya sebaik-baik makhluk memperjelas
Dan Kitab Allah dibacakan
وَعُلُومُ الشَّرْعِ تُمْلِي
عِنْدَ مَوْلَايْ مُحَمَّد
Serta ilmu Syariat diimlakkan
Di sisi penghuluku Muhammad
إِنْ رَجَعْتُمْ بِالسَّلَامَةْ
أَخْبِرُوا أَهْلَ الْمَلَامَةْ
Jika kamu kembali dengan selamat
Khabarkan kepada orang-orang yang mencela
كَيْ يَجِيئُوا مِنْ تِهَامَةْ
لِلْحَبِيبِ مَوْلَايْ مُحَمَّدْ
Agar mereka datang dari Tihamah
Kepada Kekasih, penghuluku Muhammad
عَرِّفُوهُمْ بِالْمَقَامِ
أَخْبِرُوهُمْ بِالْهِِيَامِ
Berkenankan mereka dengan makam tersebut
Ceritakan kepada mereka tentang rindu asmara
أَيْقِظُوهُمْ مِنْ مَنَامِ
كَيْ يَزُورُوا لِمُحَمَّدْ
Bangkitkan mereka daripada tidur
Supaya mereka menziarahi Muhammad
لَوْ عَلِمْتُمْ يَا عَوَاذِلْ
مَا سَكَنْتُمْ فِي الْمَنَازِلْ
Jika kamu tahu, wahai para pengkritik
Kamu tidak akan tinggal di rumah-rumah kamu
مَا لَنَا فِي الْقَلْبِ شَاغِلْ
كُلُّنَا يَهْوَى مُحَمَّدْ
Kami tiada kesibukan lain di dalam hati
Kami semua memuja Muhammad
قَدْ سَرَيْنَا بِالْمَطَايَا
لِلنَّبِي خَيْرِ الْبَرَايَا
Kami berjalan di waktu malam menaiki tunggangan
Kepada Nabi, sebaik-baik ciptaan
سَيِّدِي كَنْزِ الْعَطَايَا
الْحَبِيبِ مَوْلَايْ مُحَمَّدْ
Penghuluku, perbendaharaan kurnia
Kekasih, penghuluku Muhammad
حُبُّهُ يُحْيِي الْقُلُوبَا
يَغْفِرُ اللهُ الذُّنُوبَا
Cinta kepadanya menghidupkan hati
Allah mengampunkan dosa-dosa
يَسْتُرُ اللهُ الْعُيُوبَا
بِالْحَبِيبِ مَوْلَايْ مُحَمَّدْ
Allah menutup segala keaiban
Melalui Kekasih, penghuluku Muhammad
يَا رَسُولَ اللهِ نَادِ
أَهْلَ حُبٍّ وَوِدَادِ
Wahai Utusan Allah, serulah
Akan orang-orang yang cinta dan kasih
هُمْ بِشَوْقٍ فِي بِعَادِ
أُدْعُهُمْ مَوْلَايْ مُحَمَّدْ
Mereka berada dalam kerinduan walau berjauhan
Panggillah mereka, penghuluku Muhammad
وَتَوَجَّهْ لِلْمُقَدِّرْ
رَبُّنَا الْمُعْطِي يُيَسِّرْ
Dan berhadaplah kepada Tuhan Penentu Takdir
Tuhan kita Yang Maha Memberi memudahkan
بَعْدَ عُسْرٍ كَيْ نُبَدِّرْ
لِلْحَبِيبِ مَوْلَايْ مُحَمَّدْ
Selepas kesukaran agar kami bergegas
Kepada Kekasih, penghuluku Muhammad
صَلَوَاتٌ طَيِّبَاتُ
زَاكِيَاتٌ نَامِيَاتُ
Selawat yang murni
Tersuci dan kian bertambah
غَالِيَاتٌ دَائِمَاتُ
لِلْحَبِيبِ مَوْلَايْ مُحَمَّدْ
Berharga dan kekal berterusan
Kepada Kekasih, penghuluku Muhammad
وَسَلَامُ اللهِ يَتْرَى
عَطَّرَ الْكَوْنَ وَ مَرَّا
Dan salam keamanan Allah secara berturut-turut
Mengharumi cakerawala tatkala ia berlalu
شَرَحَ الصَّدْرَ وَسَرَّا
لِلْحَبِيبِ مَوْلَايْ مُحَمَّدْ
Ia melapangkan dada dan menggembirakan
Kepada Kekasih, penghuluku Muhammad
وَعَلَى الصَّحْبِ الْأَفَاضِلْ
كُلُّ مِفْضَالٍ وَعَامِلْ
Serta buat para sahabat yang berakhlak mulia
Setiap orang yang berbudi dan beramal
بِكِتَابِ اللهِ قَائِلْ
وَكَذَا آلِ مُحَمَّدْ
Yang berbicara dengan Kitab Allah
Dan begitu juga keluarga Muhammad
عُمَّ بِالرِّضْوَانِ رَبِّي
خَيْرَ صِدِّيقٍ وَصَحْبِ
Liputlah dengan keredaan, wahai Tuhanku
Akan sebaik-baik pembenar dan sahabat
وَكَذَا الْفَارُوقُ حِبِّي
سَكَنَا قُرْبَ مُحَمَّدْ
Dan begitu juga al-Faruq yang aku cintai
Kedua-duanya bermukim berhampiran Muhammad
عُمَّ ذَا النُّورَيْنِ رَبِّي
وَأَبَا السِّبْطَيْنِ حِبِّي
Liputlah Pemilik Dua Cahaya, wahai Tuhanku
Serta Bapa kepada Dua Cucu, yang aku cintai
ثُمَّ لِلْعَمَّيْنِ رَبِّي
ثُمَّ صَحْبًا لِمُحَمَّدْ
Kemudian bagi dua bapa saudara Nabi, wahai Tuhanku
Seterusnya para sahabat Muhammad
عُمَّ لِلسِّبْطَيْنِ رَبِّي
آلِ خَيْرِ الْخَلْقِ طِبِّي
Liputlah dua cucu Nabi, wahai Tuhanku
Keluarga sebaik-baik makhluk penawarku
وَكَذَا الزَّهْرَاءُ تُنْبِي
عَنْ كَمَالٍ فِي مُحَمَّدْ
Dan begitu juga al-Zahra yang mengkhabarkan
Tentang kesempurnaan pada diri Muhammad
عُمَّ سُهَّارَ اللَّيَالِي
كُلَّ مَنْ لِلْوِرْدِ تَالِي
Liputlah mereka yang berjaga di malam hari
Setiap orang yang membacakan zikir
هُمْ رِجَالُ الِاتِّصَالِ
بِالْحَبِيبِ مَوْلَايْ مُحَمَّدْ
Mereka adalah insan-insan yang memiliki ikatan
Dengan Kekasih, penghuluku Muhammad
عُمَّ سُكَّانَ الْبَرَارِي
وَالصَّحَارَى وَالْقِفَارِ
Liputlah penduduk di kawasan-kawasan terbiar
Serta gurun-gurun dan padang belantara
كُلَّ مَجْذُوبٍ وَقَارِي
لِلصَّلَاةِ عَلَى مُحَمَّدْ
Setiap jiwa yang fana dan pembaca
Selawat ke atas Muhammad
عُمَّ رَبِّي النَّاسِكِينَا
وَالْعِبَادَ الصَّالِحِينَا
Liputlah, Tuhanku, para ahli ibadah
Serta hamba-hamba yang soleh
وَالرِّجَالَ الْوَاقِفِينَا
عِنْدَ مَوْلَانَا مُحَمَّدْ
Dan mereka yang berdiri
Di hadapan penghulu kita Muhammad
وَبِهِمْ يَا رَبِّ نَصْرَا
دَائِمًا دُنْيَا وَأُخْرَى
Dan melalui mereka, wahai Tuhanku, kurniakanlah kemenangan
Sentiasa di dunia dan di akhirat
أَعْظِمَنْ يَا رَبِّ أَجْرَا
بِالْحَبِيبْ مَوْلَايْ مُحَمَّدْ
Agungkanlah, wahai Tuhan, akan ganjaran
Demi Kekasih, penghuluku Muhammad
رَبِّ رُدَّ الْحَاسِدِينَا
عَنْ أَذَانَا خَائِبِينَا
Tuhanku, tolaklah mereka yang berhasad dengki
Daripada mencederakan kami, biarlah mereka kecewa
كُنْ لَنَا عَوْنًا مُعِينَا
بِالْحَبِيبِ مَوْلَايْ مُحَمَّدْ
Jadilah pembantu dan penyokong bagi kami
Demi Kekasih, penghuluku Muhammad
رَبِّ لَا تَجْعَلْ عِدَانَا
تَتَمَكَّنْ مِنْ أَذَانَا
Tuhanku, janganlah biarkan musuh-musuh kami
Mampu menimpakan mudarat ke atas kami
اكْسُهُمْ ثَوْبًا هَوَانَا
وَأَجِبْنَا بِمُحَمَّدْ
Pakaikanlah mereka dengan pakaian kehinaan
Dan perkenankanlah kami demi Muhammad
عَجِّلِ الْخَوْفَ إِلَيْهِمْ
وَكَذَا الْبَأْسَ عَلَيْهِمْ
Segerakanlah ketakutan kepada mereka
Dan begitu juga malapetaka ke atas mereka
وَكَذَا الشَّرَّ لَدَيْهِمْ
وَانْصُرَنْ آلَ مُحَمَّدْ
Dan begitu juga keburukan menyertai mereka
Dan berikanlah kemenangan kepada keluarga Muhammad
نَاظِمُ الدُّرِّ الْمُحَرَّرْ
صَالِحٌ مِنْ آلِ جَعْفَرْ
Penggubah mutiara-mutiara halus ini
Ialah Salih dari keluarga Ja'far
رَاجِي فَضْلًا مِنْكَ أَكْبَرْ
بِالْحَبِيبِ مَوْلَايْ مُحَمَّدْ
Mengharapkan kurnia yang lebih besar daripada-Mu
Demi Kekasih, penghuluku Muhammad
يَرْجُو فَضْلًا لَنْ يَزُولَا
وَرِضَاءً وَقَبُولَا
Dia mengharapkan kurnia yang tidak pernah pudar
Serta keredaan dan penerimaan
وَاتِّصَالًا وَوُصُولَا
لِلْحَبِيبِ مَوْلَايْ مُحَمَّدْ
Dan penyatuan berserta ketibaan
Kepada Kekasih, penghuluku Muhammad
يَرْجُو فَضْلًا مِنْكَ رَبِّي
زَوْرَةَ الْمُخْتَارِ حِبِّي
Dia mengharapkan satu kurnia daripada-Mu, Tuhanku
Suatu ziarah ke atas Sang Terpilih, kekasihku
كُلَّ عَامٍ بَيْنَ صَحْبِ
زَائِرِينَ مَوْلَايْ مُحَمَّدْ
Pada setiap tahun dalam kalangan para sahabat
Menziarahi penghuluku Muhammad
وَبِخَيْرٍ فِي الْخِتَامِ
نَبْتَغِي نَيْلَ الْمَرَامِ
Dan dengan kebaikan pada pengakhirannya
Kami memohon untuk mencapai hajat kami
بِجِوَارٍ لِلْمَقَامِ
فِي بَقِيعٍ يَا مُحَمَّدْ
Berhampiran dengan makam itu
Di Baqi', wahai Muhammad