بِفَاطِمَةْ قَدْ صَفَا حَالِي
Dengan Fatimah, telah jernih keadaanku.
Ms
بِفَاطِمَةْ قَدْ صَفَا حَالِي وَنِلْتُ الْمَرَامْ
بِضْعَة مُحَمَّدْ حَبِيبِ اللهْ خَيْرِ الْأَنَامْ
Melalui Fatimah murni keadaanku dan kucapai segala dambaan
Belahan jiwa Muhammad, kekasih Allah, sebaik-baik insan
أَعْلَى لَهَا اللهْ قَدْراً فِي الْعُلَا وَالْمَقَامْ
نِعْمَ الْبَتُولْ الْرَّضِيَّةْ نُورْ كُلِّ الْظَّلَامْ
Allah meninggikan darjat dan kedudukannya di tempat yang mulia
Alangkah indahnya al-Batul yang diredhai, cahaya di setiap kegelapan
أُمِّ الْحَسَنْ وَالْحُسَيْنْ أَهْلِ الْمَرْقَى الْعِظَامْ
لَهُمْ عَطَايَا مِنَ الْمَوْلَى كِبَارٌ جِسَامْ
Ibunda al-Hasan dan al-Husain, pemilik darjat yang agung
Bagi mereka kurniaan daripada Tuhan, pemberian yang amat besar
هُمْ سَادَةَ أَهْلِ الْجِنَانِ الْعَالِيَةْ يَا غُلَامْ
مَنْ حَبَّهُمْ صِدِقْ بَا يِسْكُنْ بِدَارِ الْسَّلَامْ
Merekalah penghulu ahli syurga yang tinggi, wahai hamba
Sesiapa yang mencintai mereka dengan tulus akan menghuni negeri sejahtera
وَمَنْ تَعَلَّقْ بِهِمْ يَظْفَرْ بِنَيْلِ الْمَرَامْ
أَكْرَمْتِ يَا بِضْعَةَ أَحْمَدْ فَانْعَمِي بِالْتَّمَامْ
Dan sesiapa yang berpaut pada mereka akan berjaya meraih segala cita
Betapa pemurahnya dikau wahai belahan jiwa Ahmad, maka sempurnakanlah anugerah ini
وَامْنَحِي عَبْدَكُمْ فِي الْقُرْبْ أَعْلَى وِسَامْ
نَقُومْ بِحَمِلْ الْرَّيَاتِ الْهُدَ أَحْسَنْ قِيَامْ
Dan kurniakanlah hamba-mu ini darjat kedekatan yang tertinggi
Agar kami menjulang panji hidayah dengan sebaik-baik pengabdian
تَعُمْ دَعْوَتُهْ فِي الْأَكْوَانْ كُلِّ الْأَنَامْ
نِلْبَسْ خِلَعْ إِرْثْ مَا يَصِفْ سَنَاهَا كَلَامْ
Agar dakwah nubuwwah merangkumi seluruh alam dan manusia
Dan kami dipakaikan jubah warisan yang keindahannya tidak terperi dengan kata-kata
يَا نُورْ قَلْبِي وَيَا أُمِّي عَلَيْكِ الْسَّلَامْ
فِي كُلِّ حَالٍ وَشَأْنٍ كُلِّ لَحْظَةْ دَوَامْ
Wahai cahaya hatiku dan wahai ibundaku, kesejahteraan ke atasmu
Dalam setiap keadaan, urusan, dan setiap detik yang berpanjangan
عَلَيْكِ صَلَّى إِلَهِي مَعَ أَبِيكِ الْإِمَامْ
إِمَامْ كُلِّ الْوَرَى فِي كُلِّ خَاصٍّ وَعَامْ
Semoga Tuhanku melimpahkan selawat ke atasmu bersama ayahandamu sang Imam
Imam bagi sekalian makhluk, buat golongan khusus mahupun awam
الْشَّافِعِ الْمُبْتَغَ يَوْمَ الْلِّقَاءْ وَالْزَّهَامْ
يَوْمِ الْمَلَائِكْ تُنَادِي جَمِعْ كُلِّ الْأَنَامْ
Pemberi syafaat yang dicari pada hari pertemuan dan kesesakan
Hari di mana para malaikat memanggil seluruh umat manusia
غُضُّوا أَبْصَارَكُمْ تَمُرْ بِنْتِ الْنَّبِيِ بِالْسَّلَامْ
وَنَكِّسُوا رُؤُوسَكُمْ مَا أَعْظَمَهْ وَاللهْ مَقَامْ
Tundukkanlah pandanganmu kerana puteri Nabi sedang melintas dengan selamat
Dan tundukkanlah kepalamu, demi Allah alangkah agungnya kedudukan itu
تِذَكَرِينِي مَعَكِ أَعْبُرْ وَمَنْ لَهُ ذِمَامْ
حَاشَاكِ يَا أُمَّنَا تِنْسِينْ هَذَا الْغُلَامْ
Ingatilah daku agar aku dapat melintas bersamamu dalam lindunganmu
Mustahil bagimu wahai ibunda untuk melupakan anakanda ini
مَحْسُوبَكُمْ يَرْتَجِيهْ مِنْكُمْ بِهِ الْإِهْتِمَامْ
أَنْتُمْ مَرَامُهْ وَمَقْصُودُهْ وَنِعْمَ الْمَرَامْ
Hamba-mu ini mengharapkan perhatian dan kasih sayangmu
Kamulah cita-cita dan tujuannya, dan sebaik-baik matlamat
يَا بِنْتَ طه فُؤَادِي فِي مَحَبَّتِكْ هَامْ
وَاللهْ أَنْتُمْ مُرَادِي فِي الْدُّنَا وَالْقِيَامْ
Wahai puteri Taha, hatiku terpikat dalam kecintaan kepadamu
Demi Allah, kamulah dambaanku di dunia dan di hari kebangkitan
وَمَا أَنَا إِلَّا بِكُمْ يَا سَادَتِي يَا كِرَامْ
عَلَيْكِ مَعَ وَالِدِكْ أَزْكَى الْصَّلَاةْ وَالسَّلَامْ
Dan tiadalah daku melainkan denganmu wahai tuanku yang mulia
Ke atasmu beserta ayahandamu selawat dan salam yang paling suci
وَأَهْلِ الْكِسَاءْ وَأَهْلِ بَيْتِهْ عَالِيِّينَ الْمَقَامْ
وَالْصَّحْبْ أَجْمَعْ وَمَنْ عَلَى هُدَاهْ اِسْتَقَامْ
Serta ahli kisa' dan ahli baitnya yang tinggi kedudukannya
Dan seluruh para sahabat serta mereka yang teguh di atas jalan petunjuk