يَا قُبَّةَ الْخَضْرَا مَالِكْ
O Green Dome, How Captivating You Are
Ms
Ms
يَا قُبَّةَ الْخَضْرَا مَالِكْ
فَتَنْتِينَا بِجَمَالِكْ
Wahai Kubah Hijau, apakah rahsiamu?
Kau telah mempesonakan kami dengan keindahanmu.
قَالَتْ جَمَالِي بِمُحَمَّدْ
نَوَّرْ جَمِيعَ الْمَمَالِكْ
Ia menjawab, “Keindahanku adalah kerana Muhammad,”
yang telah menyinari seluruh pelosok alam.
حَوَيْتِ خَيْرَ الْبَرِيَّةْ
سَامِي الْعُلَا وَالْمَزَايَا
Engkau telah merangkul sebaik-baik makhluk,
yang tinggi kedudukannya lagi mulia sifat-sifatnya.
لَهُ تَسِيرُ الْمَطَايَا
مِنْ كُلِّ تِلْكَ الْمَمَالِكْ
Kepadanya haiwan tunggangan melangkah pergi,
dari segenap pelusuk segala negeri.
يَا قُبَّةَ الْخَضْرَا مَالِكْ
فَتَنْتِينَا بِجَمَالِكْ
Wahai Kubah Hijau, apakah rahsiamu?
Kau telah mempesonakan kami dengan keindahanmu.
قَالَتْ جَمَالِي بِمُحَمَّدْ
نَوَّرْ جَمِيعَ الْمَمَالِكْ
Ia menjawab, “Keindahanku adalah kerana Muhammad,”
yang telah menyinari seluruh pelosok alam.
لَاحَتْ عَلَيْنَا أَنْوَارُهْ
فَاضَتْ عَلَيْنَا أَسْرَارُهْ
Cahaya-cahayanya telah terpancar ke atas kami,
dan rahsia-rahsianya melimpah ke atas kami.
بُشْرَى لَكُمْ يَا زُوَّارُهْ
بَعْدَ أَدَاءِ الْمَنَاسِكْ
Khabar gembira buatmu wahai para penziarahnya,
sesudah menunaikan segala manasik ibadah.
يَا قُبَّةَ الْخَضْرَا مَالِكْ
فَتَنْتِينَا بِجَمَالِكْ
Wahai Kubah Hijau, apakah rahsiamu?
Kau telah mempesonakan kami dengan keindahanmu.
قَالَتْ جَمَالِي بِمُحَمَّدْ
نَوَّرْ جَمِيعَ الْمَمَالِكْ
Ia menjawab, “Keindahanku adalah kerana Muhammad,”
yang telah menyinari seluruh pelosok alam.
يَا سَعْدَ مَنْ شَمَّ تُرَابَهْ
شَوْقاً وَقَبَّلْ أَعْتَابَهْ
Alangkah bahagianya sesiapa yang mencium debu tanahnya
kerana rindu, lalu mengucup ambang pintunya.
تَزُولُ عَنْهُ أَتْعَابُهْ
يَأْمَنْ جَمِيعَ الْمَهَالِكْ
Maka segala kepenatan akan hilang daripadanya,
dan dia terselamat daripada segala mara bahaya.
يَا قُبَّةَ الْخَضْرَا مَالِكْ
فَتَنْتِينَا بِجَمَالِكْ
Wahai Kubah Hijau, apakah rahsiamu?
Kau telah mempesonakan kami dengan keindahanmu.
قَالَتْ جَمَالِي بِمُحَمَّدْ
نَوَّرْ جَمِيعَ الْمَمَالِكْ
Ia menjawab, “Keindahanku adalah kerana Muhammad,”
yang telah menyinari seluruh pelosok alam.
صَلُّوا عَلَيْهِ يَا حُضَّارْ
وَالْآلِ وَالْصَّحْبِ الْأَخْيَارْ
Berselawatlah ke atasnya wahai hadirin sekalian,
serta ke atas keluarga dan para sahabat yang terpilih.
تَنْجُو غداً مِنْ عَذَابِ الْنَّارْ
وَتَرْبَحُوا عَفْوَ الْمَالِكْ
Kelak kalian selamat daripada azab neraka,
dan beroleh keampunan daripada Tuhan Yang Maha Merajai.