مَا مَدَّ لِخَيْرِ الْخَلْقِ يَدَا
Extend Your Hand
Ms
الله الله الله الله الله الله
لَا إِلَٰهَ إِلَّا ٱللَّٰهْ
Allah Allah Allah Allah Allah Allah
Tiada Tuhan melainkan Allah
مَا مَدَّ لِخَيْرِ الْخَلْقِ يَدَا
أَحَدٌ إِلَّا وَبِهِ سَعِدَا
Tidaklah seseorang menghulurkan tangan kepada sebaik-baik makhluk
Melainkan dia akan beroleh kebahagiaan kerananya
فَلِذَاكَ مَدَدْتُ إِلَيْهِ يَدِي
وَبِذَلِكَ كُنْتُ مِنَ الْسُّعَدَا
Kerana itulah aku menghulurkan tanganku kepadanya
Dan dengan itu aku tergolong dalam kalangan orang yang bahagia
بَابٌ لِلَّهِ سَمَا وَعَلَا
شَرَفاً وَامْتَازَ بِكُلِّ عُلَا
Pintu menuju Allah yang menjulang tinggi dan luhur
Dengan kemuliaan dan keistimewaan dalam segala keagungan
وَالْكُلُّ بِدَعْوَتِهِ اتَّصَلَا
بِاللهِ وَحَازَ بِهِ الْمَدَدَا
Dan sekalian makhluk dengan seruannya terhubung
Kepada Allah serta memperoleh pertolongan melaluinya
إِنِّي فِي الْعُسْرِ وَفِي الْيُسْرِ
بِحِمَاهُ أَلُوذُ مَدَى الْعُمْرِ
Sesungguhnya aku di kala susah mahupun senang
Berlindung di bawah naungannya sepanjang hayat
وَأَقُولُ أَغِثْنِي يَا ذُخْرِي
وَأَنِلْنِي مِنْ كَفَّيْكَ نَدَا
Dan aku merintih: Bantulah aku wahai simpananku
Serta kurniakanlah daku kemurahan dari kedua telapak tanganmu
وَعَلَيْنَا تَعَطَّفْ يَا أَمَلِي
بِشِفَاءِ الْقَلْبِ مِنَ الْعِلَلِ
Berikanlah belas kasihan kepada kami wahai harapanku
Dengan menyembuhkan hati daripada segala penyakit
أَيَكُونُ مُحِبُّكَ فِي وَجَلٍ
وَبِجَاهِكَ لَا أَخْشَى أَحَدَا
Mungkinkah pencintamu akan berada dalam ketakutan
Sedangkan dengan kedudukanmu aku tidak gentar pada sesiapapun
لَا أَرْجُو غَيْرَكَ إِنْ جَارَا
دَهْرِي وَعَدِمْتُ الْأَنْصَارَا
Aku tidak berharap selain kepadamu jika masa menzalimiku
Dan ketika aku ketiadaan para penolong
بِحَيَاتِكَ أَلْقِ الأَنْظَارَا
كَرَماً يَا أَفْضَلَ مَنْ سَجَدَا
Demi hayatmu, limpahkanlah pandanganmu
Sebagai kemurahan wahai sebaik-baik insan yang bersujud
أَنْتَ الْمُخْتَارُ مِنَ القِدَمِ
يَا خَيْرَ شَفِيعٍ فِي الأُمَمِ
Engkaulah insan terpilih sejak azali lagi
Wahai sebaik-baik pemberi syafaat di antara umat-umat
وَبِنُورِكَ مِنْ بَعْدِ الْعَدَمِ
وَجْهُ الْتَّكْوِينِ زَهَا وَبَدَا
Dan dengan cahayamu setelah ketiadaan
Terang benderanglah wajah alam semesta ini
وَصَلَاةُ اللهِ بِلَا حَصْرِ
لَكَ تُهْدَى يَا سَامِي الْقَدْرِ
Selawat Allah yang tiada terbatas
Dipersembahkan buatmu wahai yang amat tinggi kedudukannya
وَالْآلِ مَعَ الْصَّحْبِ الْغُرِّ
مَا حَادِي الْعِيسِ نَشَا وَصَدَى
Serta buat keluarga dan para sahabat yang mulia
Selagi sang penunggang unta berdendang dan bergema