خُذْ مَا صَفَا وَدَعِ الْكَدَر
Ambil Yang Jernih, Tinggalkan Yang Keruh
Ms
Ms
يَا رَبَّنَا يَا رَبَّنَا
غِثْنَا بِقُرْبِ الـْمُصْطَفَى
Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan kami
bantulah kami dengan kedekatan al-Mustafa
وَ ارْحَمْ إِلَهِي ضَعْفَنَا
بِٱلْمُصْطَفَىٰ خَيْرِ ٱلْبَشَرْ
Dan rahmatilah, wahai Tuhanku, kelemahan kami
demi al-Mustafa, sebaik-baik manusia
خُذْ مَا صَفَا وَدَعِ الْكَدَرْ
وَكِلِ الْأُمُورَ إلى الْقَدَرْ
Ambillah yang jernih dan tinggalkan yang keruh
dan serahkanlah segala urusan kepada takdir
مَهْمَا غُلِبْتَ كَمَا أَمَرْ
هَادِي الْوَرَى خَيْرُ الْبَشَرْ
Walau apa pun yang menimpa, lakukanlah seperti perintahnya
sang pembimbing makhluk, sebaik-baik manusia
إِنَّ الْأُمُورَ جَرَى بِهَا
قَلَمٌ عَلَى الْلَّوْحِ الْأَغَرْ
Sesungguhnya segala perkara telah ditetapkan
oleh pena di atas Luh Mahfuz yang mulia
فِي سَابِقِ الْعِلْمِ الْقَدِيمْ
مِنْ قَبْلِ إِيجَادِ الْصُّوَرْ
Dalam ilmu-Nya yang terdahulu lagi qadim
sebelum terciptanya segala rupa dan bentuk
يَا رَبَّنَا يَا رَبَّنَا
غِثْنَا بِقُرْبِ الـْمُصْطَفَى
Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan kami
bantulah kami dengan kedekatan al-Mustafa
وَ ارْحَمْ إِلَهِي ضَعْفَنَا
بِٱلْمُصْطَفَىٰ خَيْرِ ٱلْبَشَرْ
Dan rahmatilah, wahai Tuhanku, kelemahan kami
demi al-Mustafa, sebaik-baik manusia
وَدَعِ الْهُمُومَ فَإِنَّهَا
يَا صَاحِبِي مَحْضُ الْضَّرَرْ
Dan tinggalkanlah kegundahan, kerana sesungguhnya ia
wahai sahabatku, hanyalah kemudaratan yang nyata
وَاغْنَمْ زَمَانَكَ وَاسْتَرِحْ
مِنْ لَوْ وَلِمْ تَلْقَ الْظَّفَرْ
Rebutlah masamu dan beristirahatlah
daripada kata "andai" dan "mengapa", nescaya dikau berjaya
وَارْجِعْ إِلَى اللَّهِ إِذَا
مَالَحَّ خَطْبٌ أَوْ عَصَرْ
Dan kembalilah kepada Allah apabila
musibah menimpa atau kesempitan melanda
وَإِذَا بُلِيتَ بِمِحْنَةٍ
فَاصْبِرْ لَهَا فِيمَنْ صَبَرْ
Dan jika engkau diuji dengan cubaan
maka bersabarlah bersama golongan yang sabar
يَا رَبَّنَا يَا رَبَّنَا
غِثْنَا بِقُرْبِ الـْمُصْطَفَى
Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan kami
bantulah kami dengan kedekatan al-Mustafa
وَ ارْحَمْ إِلَهِي ضَعْفَنَا
بِٱلْمُصْطَفَىٰ خَيْرِ ٱلْبَشَرْ
Dan rahmatilah, wahai Tuhanku, kelemahan kami
demi al-Mustafa, sebaik-baik manusia
مِنْ كُلِّ بَرٍّ مُوقِنٍ
مُتَوَقِّرٍ عِنْدَ الْغِيَرْ
Jadilah daripada kalangan jiwa yang yakin lagi berbakti
yang tetap tenang tatkala berubahnya keadaan
وَإِذَا خُصِصْتَ بِنِعْمَةٍ
فَاشْكُرْ مَعَ مَنْ قَدْ شَكَرْ
Dan jika engkau dikurniakan nikmat yang khusus
maka bersyukurlah bersama mereka yang bersyukur
لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينْ
تُعْطَ الْمَزِيدَ كَمَا ذَكَرْ
Kerana Allah, Tuhan sekalian alam
nescaya akan ditambah nikmatmu seperti yang dijanjikan
وَاعْمَلْ لِنَفْسِكَ صَالِحًا
تَنْجُو بِهِ مِنْ كُلِّ شَرْ
Dan beramallah dengan amalan soleh untuk dirimu
agar dikau terselamat daripada segala kejahatan
يَا رَبَّنَا يَا رَبَّنَا
غِثْنَا بِقُرْبِ الـْمُصْطَفَى
Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan kami
bantulah kami dengan kedekatan al-Mustafa
وَ ارْحَمْ إِلَهِي ضَعْفَنَا
بِٱلْمُصْطَفَىٰ خَيْرِ ٱلْبَشَرْ
Dan rahmatilah, wahai Tuhanku, kelemahan kami
demi al-Mustafa, sebaik-baik manusia
وَتَفُوزُ بِالْحُسْنَى وَبِالْــــ
ــــجَنَّاتِ دَارِ الْمُسْتَقَرْ
Dan dikau akan berjaya dengan kebaikan dan dengan
syurga-syurga, negeri tempat menetap yang abadi
دَارِ الْبَقَا دَارِ الْنَّعِيمْ
دَارِ الْكَرَامَةِ وَالْنَّظَرْ
Negeri yang kekal, negeri yang penuh nikmat
negeri kemuliaan dan peluang memandang Wajah-Nya
وَأَعِدَّ زَادَكَ لِلْمَعَادْ
مِنْ قَبْلِ يَفْجَاكَ الْحَذَرْ
Persiapkanlah bekalanmu untuk hari kembali
sebelum datangnya maut secara tiba-tiba
فَالْمَوْتُ آتٍ عَنْ قَرِيبْ
وَلَعَلَّ يَوْمَكَ قَدْ حَضَرْ
Kerana kematian itu akan datang tidak lama lagi
dan barangkali harimu telah pun tiba
يَا رَبَّنَا يَا رَبَّنَا
غِثْنَا بِقُرْبِ الـْمُصْطَفَى
Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan kami
bantulah kami dengan kedekatan al-Mustafa
وَ ارْحَمْ إِلَهِي ضَعْفَنَا
بِٱلْمُصْطَفَىٰ خَيْرِ ٱلْبَشَرْ
Dan rahmatilah, wahai Tuhanku, kelemahan kami
demi al-Mustafa, sebaik-baik manusia
يَا رَبُّ أَنْتَ الْمُبْتَغَى
وَالْمُرْتَجَى وَالْمُدَّخَرْ
Wahai Tuhan, Engkaulah yang dituju
yang diharapkan dan yang menjadi simpanan
يَا رَبَّنَا فَاسْتُرْ وَسَا
مِحْ أَنْتَ أَكْرَمُ مَنْ سَتَرْ
Wahai Tuhan kami, tutupilah aib dan maafkanlah kami
kerana Engkaulah yang paling mulia menutupi cela
يَا رَبَّنَا وَانْظُرْ إِلَيـْــــ
ـــنَا أَنْتَ أَحْسَنُ مَنْ نَظَرْ
Wahai Tuhan kami, pandanglah kami dengan rahmat
kerana Engkaulah sebaik-baik yang memandang
يَا رَبَّنَا وَاخْتِمْ لَنَا
بِالْخَيْرِ إِنْ حَانَ الْسَّفَرْ
Wahai Tuhan kami, akhirilah hidup kami dengan kebaikan
apabila tiba masanya untuk kami berangkat pergi
يَا رَبَّنَا يَا رَبَّنَا
غِثْنَا بِقُرْبِ الـْمُصْطَفَى
Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan kami
bantulah kami dengan kedekatan al-Mustafa
وَ ارْحَمْ إِلَهِي ضَعْفَنَا
بِٱلْمُصْطَفَىٰ خَيْرِ ٱلْبَشَرْ
Dan rahmatilah, wahai Tuhanku, kelemahan kami
demi al-Mustafa, sebaik-baik manusia
ثُمَّ الصَّلَاةُ عَلَى الرَّسُولْ
خَيْرِ الْبَرِيَّةِ مِنْ مُضَرْ
Kemudian selawat ke atas Rasulullah
sebaik-baik makhluk daripada keturunan Mudar
خَتْمِ الْنَّبِيِّينَ الْكِرَامْ
نِعْمَ الْمَصَابِيحُ الْغُرَرْ
Penutup para Nabi yang mulia
sebaik-baik pelita yang bersinar terang
وَآلِهِ وَاصْحَابِهِ
وَالتَّابِعِينَ عَلَى الْأَثَرْ
Serta keluarga dan para sahabatnya
dan para pengikut yang menuruti jejak langkah mereka
مَا هَبَّتِ الـــنَّسَمَاتُ بِالْــــ
ــــعَرْفِ الْمُعَنْبَرِ في الْسَّحَرْ
Selagi mana hembusan bayu bertiup
dengan haruman kasturi amber di waktu subuh
يَا رَبَّنَا يَا رَبَّنَا
غِثْنَا بِقُرْبِ الـْمُصْطَفَى
Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan kami
bantulah kami dengan kedekatan al-Mustafa
وَ ارْحَمْ إِلَهِي ضَعْفَنَا
بِٱلْمُصْطَفَىٰ خَيْرِ ٱلْبَشَرْ
Dan rahmatilah, wahai Tuhanku, kelemahan kami
demi al-Mustafa, sebaik-baik manusia
أَوْ غَرَّدَتْ وُرْقُ الْحِمَى
فَوْقَ الْغُصُونِ مِنَ الْشَّجَرْ
Ataupun selagi merpati di tanah haram berkicauan
di atas dahan-dahan pepohonan