صَلَّى اللَّهْ عَلَيْكَ يَا نُور
Blessings Of Allah Be Upon You, O Light
Ms
صَلَّى اللَّهْ عَلَيْكَ يَا نُور
يَا نُوْرَ كُلِّ الْمَنَازِلْ
Selawat Allah ke atasmu wahai Cahaya
Wahai cahaya bagi segala kediaman
يَا خَيْرَ مَنْ فِي الْمَنَازِلْ
Wahai sebaik-baik penghuni di setiap kediaman
يَا رَسُوْلَ اللٰهِ أَنْتَ
أَنْتَ الْنُّوْرُ الْمُتَشَكِّلْ
Wahai Rasulullah, engkaulah
Engkaulah cahaya yang menjelma
نُورٌ عَلَى نُورٍ جِئْتَ
بِهِ الْقُرْآنُ تَنَزَّلْ
Cahaya di atas cahaya dikau datang
Dengannya al-Quran diturunkan
مِشْكَاةً نُوْراً وَزَيْتَا
ضِيَاءً جِئْتَ مُعْتَدِلْ
Menjadi misykat, cahaya, dan minyak
Sebagai pelita yang datang dengan sempurna
لَا يَكُوْنُ الْكَوْنُ حَتَّى
يَظْهَرْ بِكَ مُتَجَمِّلْ
Tiadalah alam ini wujud melainkan
Ia zahir denganmu dalam keindahan
أَنْتَ فِي الْآثَارِ قُلْتَ
ذَا الْكَوْنُ مِنْكَ تَمَثَّلْ
Engkau telah bersabda dalam riwayat
Bahawa alam ini terzahir daripadamu
مِنْ حَضْرَةِ الْقُدْسِ جِئْتَ
وَأَنْتَ فِيهَا لَمْ تَزَلْ
Dari Hadratul Quds engkau datang
Dan engkau sentiasa berada di dalamnya
كُنْتَ قَبْلَ الْكَوْنِ كُنْتَ
وَالأَبَدُ مِثْلُ الأَزَلْ
Engkau telah ada sebelum kewujudan alam
Keabadian bagimu bagaikan azali
مُطْلَقاً كُنْتَ فَصِرْتَا
بِالْقُيُوْدِ مُتَجَمِّلْ
Dahulunya engkau mutlak lalu engkau menjadi
Terhias indah dalam batasan nyata
لَيْسَ فِي الْوُجُودِ الْبَتَّةْ
إِلَّا الْنُّورُ قُلْتُ أَجَلْ
Tiada sama sekali dalam kewujudan ini
Melainkan Cahaya, aku berkata "Benar"
بَدَا مِنَ الْغَيْبِ بَغْتَةْ
مِنْ أَعْلَى الْعُلَا تَنَزَّلْ
Ia muncul dari alam ghaib seketika
Turun dari kedudukan yang setinggi-tingginya
يَا رَسُوْلَ اللهِ حُزْتَا
فَضْلَ الْفَضْلِ وَالْفَضَائِلْ
Wahai Rasulullah, sesungguhnya engkau meraih
Segala limpahan kurnia dan kemuliaan
يَا رَسُولَ اللَّهِ دُمْتَ
وَدُمْتُ لَكَ مُمَتَّثِلْ
Wahai Rasulullah, engkau kekal abadi
Dan aku selamanya patuh mengikutmu
فَالْعَلَاوِيِ يَرْجُو حَتَّى
يَبْلُغْ بِرِضَاكَ الأَمَلْ
Maka Al-Alawi sentiasa berharap sehingga
Tercapai segala cita-cita dengan keredaanmu
يَا رَسُوْلَ اللهِ أَنْتَ
أَنْتَ الْنُّوْرُ الْمُتَشَكِّلْ
Wahai Rasulullah, engkaulah
Engkaulah cahaya yang menjelma