قُلْ لِلَّذِي قَدْ لَامَنِي
Tell the one who has blamed me,
Ms
قُلْ لِلَّذِي قَدْ لَامَنِي
دَعْنِي وَشَأْنِي يَا عَذُولْ
Katakanlah kepada orang yang mencelaku
biarkanlah aku dengan urusanku wahai pengkritik
لَوْ كُنْتَ تَدْرِي مَا جَرَى
مَا كُنْتَ تَنْهَى يَا جَهُولْ
Andai engkau tahu apa yang telah berlaku
nescaya engkau tidak melarang wahai yang jahil
أَمَا تَرَى جِسْمِيَ السَّقِيمَ
قَدْ شَفَّهُ دَاءُ النُّحُولْ
Tidakkah engkau lihat tubuhku yang sakit
telah melayukannya penderitaan yang menyusutkan
قُلْ لِي بِمَنْ هَذَا الْعَنَا
وَذَا التَّصَابِي وَالذُّهُولْ
Katakan padaku kerana siapa jerih ini
serta kerinduan yang membara dan kebingungan ini
اللَّهُ حَسْبِي وَكَفَى
قُلْ مَا تَشَأْ يَا ذَا الْفُضُولْ
Allah memadai bagiku dan cukuplah Dia
katakanlah sesukamu wahai si penyibuk
يَا سَاكِنِينَ سَرَائِرِي
عِنْدِي لَكُمْ صَفْوُ الْوِدَادْ
Wahai para penghuni rahsia hatiku
di sisiku buatmu ada kasih sayang yang murni
مَلَّكْتُكُمْ يَا سَادَتِي
زِمَامَ أَمْرِي وَالْقِيَادْ
Telah kuserahkan kepada kalian wahai tuanku
segala tali kendali urusanku dan pimpinannya
لَا تُهْمِلُوا مَنْ قَدْ غَدَا
يَسْمُو بِكُمْ بَيْنَ الْعِبَادْ
Janganlah kalian abaikan orang yang telah mendamba
menjadi mulia keranamu di antara para hamba
وَاقِفٌ عَلَى الْبَابِ مُقِيمٌ
يَرْجُو السَّعَادَةَ وَالْقَبُولْ
Berdiri di pintu dengan setia menanti
mengharap kebahagiaan dan penerimaan
اللَّهُ حَسْبِي وَكَفَى
قُلْ مَا تَشَأْ يَا ذَا الْفُضُولْ
Allah memadai bagiku dan cukuplah Dia
katakanlah sesukamu wahai si penyibuk
هَبَّتْ نُسَيْمَاتُ الْوِصَالْ
مِنْ جَانِبِ الْقُدْسِ الْعَلِيّْ
Telah bertiup sepoi-sepoi angin pertemuan
dari sisi Yang Maha Kudus lagi Maha Tinggi
وَاسْتَغْرَقَتْ أَنْوَارُهَا
عَوَالِمَ الْقَلْبِ الْخَلِيّْ
Cahaya-cahayanya telah menenggelamkan
seluruh alam hati yang telah kosong
عَمَّا سِوَى مَعْبُودِهِ
الْوَاحِدِ الْحَقِّ الْوَلِيّْ
Daripada segala yang selain Sembahannya
Yang Maha Esa, Maha Benar, lagi Maha Melindungi
وَكُوشِفَتْ أَسْرَارُهُ
وَحَلَّ فِي بُرْجِ الْوُصُولْ
Telah tersingkap segala rahsia-rahsianya
lalu dia menetap di menara ketersampaian
اللَّهُ حَسْبِي وَكَفَى
قُلْ مَا تَشَأْ يَا ذَا الْفُضُولْ
Allah memadai bagiku dan cukuplah Dia
katakanlah sesukamu wahai si penyibuk
بَاتَ الْمُحِبُّ مَعَ الْحَبِيبْ
وَالْعَاذِلُ الْغَافِلُ بَعِيدْ
Bermalamlah sang pencinta bersama Kekasih
sedang si pencela yang lalai jauh terasing
لَمْ يَدْرِ مَا شَأْنُ الْهَوَى
بَيْنَ الْمَوَالِي وَالْعَبِيدْ
Dia tidak mengetahui hakikat cinta
yang terjalin antara para tuan dan hamba
يَا وَيْحَهُ مَاذَا عَلَيْهِ
لَوْ كَانَ يَعْرِفُ لِلسَّعِيدْ
Aduhai malangnya dia, alangkah baiknya
jika dia mengenali orang yang bahagia itu
مَكَانَهُ مِنْ رَبِّهِ
وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا يَقُولْ
Tentang kedudukannya di sisi Tuhannya
dan Allah Maha Mengetahui apa yang dikatakannya
اللَّهُ حَسْبِي وَكَفَى
قُلْ مَا تَشَأْ يَا ذَا الْفُضُولْ
Allah memadai bagiku dan cukuplah Dia
katakanlah sesukamu wahai si penyibuk
مَاذَا يَقُولُ الْمُنْكِرُونَ
فِيمَنْ لَهُ قَلْبٌ سَلِيمْ
Apakah yang akan dikatakan oleh pembangkang
tentang seseorang yang memiliki hati yang sejahtera
مُحِبٌّ لِجَمِيعِ الْمُسْلِمِينَ
وَقَصْدُهُ الْمَوْلَى الْكَرِيمْ
Dia mencintai sekalian umat Islam
dan tujuannya hanyalah Tuhan Yang Maha Mulia
وَيَعْتَقِدْ فِي نَفْسِهِ
بِأَنَّهُ عَبْدٌ ذَمِيمْ
Dia berkeyakinan di dalam jiwanya
bahawa dirinya hanyalah hamba yang penuh cela
لَوْلَا عِنَايَةُ رَبِّهِ
لَكَانَ بَطَّالاً ضَلُولْ
Jika bukan kerana inayah Tuhannya
nescaya dia menjadi sia-sia lagi tersesat
اللَّهُ حَسْبِي وَكَفَى
قُلْ مَا تَشَأْ يَا ذَا الْفُضُولْ
Allah memadai bagiku dan cukuplah Dia
katakanlah sesukamu wahai si penyibuk