لِي فِي المَدِينَةِ أَحْبَابٌ إِذَا نَظَرُوا
I Have Beloveds In Medina; When They Gaze Upon Me
Ms
لِي فِي المَدِينَةِ أَحْبَابٌ إِذَا نَظَرُوا
إِلَيَّ وَلَّتْ هُمُومِي وَانْجَلَى الضَّرَرُ
Bagiku di Madinah ada kekasih-kekasih yang apabila mereka memandang
kepadaku, lenyaplah segala dukaku dan hilanglah segala kesengsaraan
وَأَصْبَحَ القَلْبُ فِي أُنْسٍ وَفِي فَرَحٍ
جَمٍّ وَصَاحَبَنِي التَّوْفِيقُ وَالظَّفَرُ
Dan jadilah hati dalam ketenangan serta kegembiraan
yang melimpah, dan kejayaan serta kemenangan sentiasa menyertaiku
يَا أَهْلَ طَيْبَةَ هَيَّا إِنَّنِي دَنِفٌ
وَإِنَّنِي لِلَّذِي أَمَّلْتُ مُنْتَظِرُ
Wahai penduduk Taybah, marilah, sesungguhnya aku sedang merana
dan sesungguhnya aku sedang menantikan apa yang aku harapkan
جَرَتْ عَوَائِدُكُمْ أَنَّ المُحِبَّ إِذَا
نَادَاكُمُ بِلِسَانِ الحُبِّ يَنْجَبِرُ
Telah menjadi kebiasaanmu bahawa seorang pencinta itu apabila
memanggilmu dengan lisan cinta, nescaya dia akan terubat
وَالحُبُّ مِلْءُ جَنَانِي بَلْ تَجَسَّمَ فِي
شَخْصٍ عَلَى صُورَتِي إِنْ دَلَّتِ الصُّوَرُ
Cinta itu memenuhi sanubariku, bahkan ia telah menjelma dalam
satu sosok pada rupaku, jika rupa-rupa itu memberi petunjuk
يَا سَيِّدَ الرُّسْلِ أَدْرِكْنِي فَمَا بَقِيَتْ
لِي حِيلةٌ غَيْرُ حُبٍّ مِنْكَ مُدَّخَرُ
Wahai penghulu para Rasul, bantulah aku, maka tiada lagi yang tersisa
bagiku helah melainkan cinta darimu yang tersimpan rapi
لِلَّهِ مِيلادُكَ الغَالِي الذِي سَعِدَتْ
بِهِ البَسِيطَةُ وَانْجَابَتْ بِهِ الغِيَرُ
Demi Allah, kelahiranmu yang mulia itu sungguh membahagiakan
seluruh bumi, dan dengannya segala kedukaan zaman telah sirna
يَوْمٌ بِهِ ضَاءَتِ الدُّنْيَا فَمَا طَلَعَتْ
شَمْسٌ عَلَى مِثْلِهِ فِيهَا وَلَا قَمَرُ
Hari di mana dunia bersinar terang, maka tidak pernah terbit
matahari mahupun bulan atas hari yang seumpamanya di dunia ini
تَحِيَّةٌ لَكَ مِنْ قَلْبٍ مُعَطَّرَةٌ
يَزِيدُ عَرْفَ شَذَاهَا رَوْحُكَ العَطِرُ
Salam penghormatan bagimu dari hati yang harum mewangi
yang kian bertambah semerbaknya oleh rohmu yang wangi
وَقَائِلٍ لِيْ مَا تَشْتَاقُ قُلْتُ لَهُ
أَشْتَاقُ طَيْبَةَ شَوْقاً لَيْسَ يَنْحَصِرُ
Dan kepada orang yang bertanya kepadaku "Apakah yang kau rindukan?", aku menjawab
"Aku merindui Taybah dengan kerinduan yang tiada terbatas"
يَا قَائِدَ الجَوِّ أَنْزِلْنِي إِذَا لَمَعَتْ
لِعَيْنِكَ القُبَّةُ الخَضْرَاءُ وَالحُجَرُ
Wahai juru mudi udara, turunkanlah aku apabila telah berkilauan
pada pandangan matamu kubah yang hijau dan kamar-kamar itu
هُنَاكَ أَقْصِدُ شُبَّاكَ الرَّسُولِ لِكَي    
أَسْتَغْفِرُ اللهَ حَيْثُ الذَّنْبُ يُغْتَفَرُ
Di sanalah aku menuju jendela Rasulullah agar
aku memohon ampun kepada Allah, di mana segala dosa diampunkan
عَلَيْكَ صَلَاةُ اللهِ مَا تُلِيَتْ    
فِي حَفْلِ مِيلادِكَ الآياتُ والسُوَرُ
Selawat Allah ke atasmu selagi mana dibacakan
dalam majlis sambutan kelahiranmu ayat-ayat dan surah-surah
والآلِ والصَحْبِ وَالأَتْبَاعِ قَاطِبَةً
والغَوثِ والقطبِ والأحبَابِ إذْ حَضَرُوا
Serta buat keluarga, sahabat, dan para pengikut seluruhnya
juga para Ghauth, Qutub, dan para kekasih saat mereka hadir