يا مَنْ يَرَى أدمُعِي تَنْهَلُّ كالدِّيَمِ
O You Who See My Tears Pouring Down Like Ceaseless Rain
Ms
Ms
يا مَنْ يَرَى أدمُعِي تَنْهَلُّ كالدِّيَمِ
مِنْ مُقْلَتيَّ وجِسْمِي بَادِيَ الْسَّقَمِ
Wahai yang melihat air mataku mencurah bagaikan hujan yang tiada henti
dari kedua mataku, sedang tubuhku menampakkan jelas kesakitan
لا تَعجَبنَّ وإنْ أصْبَحْتُ كالرِّمَمِ
رِيمٌ على القَاعِ بينَ البَانِ والْعَلَمِ
Janganlah hairan walau aku telah menjadi bagaikan tulang yang rapuh
kerna seekor kijang di dataran, antara pohon Ban dan pergunungan
أَحَلَّ سَفْكَ دَمِي في الأَشْهُرِ الْحُرُمِ
واعْجَبْ لأَمْرِي فإنّي لَمْ أكُنْ أَبَدَا
Telah menghalalkan tumpahnya darahku di bulan-bulan yang haram
maka hairanlah akan perihalku, kerana sesungguhnya aku tidak pernah
أَخشَى الشَّدَائِدَ لوْ مَدَّتْ إلَيَّ يَدَا
لَكِنَّمَا الْحُبُّ أَصْمَانِي فَقُلْتُ سُدَى
Menggentari kesukaran walau ia menghulurkan tangan kepadaku
namun cinta telah menulikan aku, dan kata-kataku terucap sia-sia
رَمَى القَضَاءُ بِعَينَيْ جُؤذُرٍ أَسَدَا
يا سَاكِنَ اَلْقَاعِ أدرِك سَاكِنَ الأَجَمِ
Takdir telah memanah sang singa menerusi mata seekor anak kijang
wahai penghuni dataran, selamatkanlah penghuni belukar ini!
صَالَ الْحَبِيبُ بِنَبْلِ الطَّرْفِ ذِي الْعُدَدِ
عَلَى فُؤَادِي وَخَـلاَّني بِلاَ رَشَدِ
Sang Kekasih menyerang jantungku dengan panah pandangan yang tajam
lalu membiarkan aku merayau tanpa sebarang petunjuk
وَإِذْ رَمَانِي وَأَوْهَى سَهْمُهُ جَلَدِي
جَحَدْتُها وَكَتَمْتُ الْسَّهْمَ فِي كَبِدِي
Tatkala dia memanahku dan anak panahnya melemahkan ketabahanku
aku menafikannya dan menyembunyikan anak panah itu di lubuk hatiku
جُرْحُ الأَحِبَّةِ عِنْـدِي غَيْرُ ذِي أَلَمِ
إذا بَدا قَمَرِي لا يَظْهَرُ القَمَرُ
Luka daripada kekasih itu bagiku tiada dirasa pedihnya
tatkala rembulanku muncul, nescaya bulan di langit pun tersembunyi
قَدْ طَالَ في حُبِّهِ التَّفْكيرُ والْسَهَرُ
رُوحِي لَهُ ودَمِي والْسَّمْعُ والْبَصَرُ
Telah lama dalam mencintainya aku berfikir dan berjaga malam
jiwaku miliknya, begitu juga darah, pendengaran, dan penglihatanku
يا لائِمِي في هَواهُ والْهَوَى قَدَرُ
لو شَفَّكَ الْوَجْدُ لَمْ تَعْذِلْ ولمْ تَلُمِ
Wahai pencelaku dalam mencintainya, sedang cinta itu adalah takdir
andai kerinduan meluluhkanmu, nescaya kau tidak akan mencerca mahupun mencela