سَلُوا فُؤَادِي سَلُوهُ فَهْوَ يُخْبِرُكُمْ
Ask My Heart, Ask It, for It Shall Inform You
Ms
سَلُوا فُؤَادِي سَلُوهُ فَهْوَ يُخْبِرُكُمْ
عَنِّي إِذَا غِبْتُمْ إِذْ فِيهِ مَحْضَرُكُمْ
Tanyalah hatiku, tanyalah ia maka ia akan mengkhabarkan kepada kalian
Tentang diriku saat kalian tiada, kerana di dalamnya kalian hadir
أَيَا بُدُورًا أَنَارَ الْكَوْنَ مَظْهَرُكُمْ
لَوْلَا تَعَلُّلُ قَلْبِي حِينَ أَذْكُرُكُمْ
Wahai purnama-purnama yang penampakannya telah menyinari alam semesta!
Jika tidak kerana hatiku mencari pelipur lara setiap kali mengingati kalian
وَوَضْعُ كَفِّي عَلَيْهِ جَنَّ أَوْطَارًا
لَوْ شَابَ دَمْعِي بِحَارَ الْأَرْضِ أَغْرَقَهَا
Serta letaknya telapak tanganku di atasnya niscaya ia akan gila merana
Jika air mataku bercampur dengan lautan di bumi, niscaya ia menenggelamkannya
مِنْ مُقْلَةٍ حَرُّ نَارِ الشَّوْقِ أَرَّقَهَا
وَالْوَجْدُ قَسَّمَ أَحْشَائِي وَفَرَّقَهَا
Mengalir dari mata yang tidak dapat lelap dek bahang api kerinduan
Dan gelora cinta telah membelah serta mencerai-beraikan sanubariku
لَوْ قَرَّبُوا النَّارَ مِنْ قَلْبِي لَأَحْرَقَهَا
فَهَلْ سَمِعْتُمْ بِقَلْبٍ أَحْرَقَ النَّارَا
Jika mereka mendekatkan api ke hatiku, niscaya hatiku akan membakar api itu
Maka pernahkah kalian mendengar tentang hati yang membakar api itu sendiri?