بَادِرْ لَقَدْ فَاتَتْكَ الْغَنَائِمْ
Bersegeralah! Telah Luput Darimu Segala Rampasan.
Ms
Ms
بَادِرْ لَقَدْ فَاتَتْكَ الْغَنَائِمْ
تَقَاسَمُوهَا وَأَنْتَ نَائِمْ
Segeralah, sesungguhnya segala kurnia telah luput darimu
Mereka membahagikannya saat engkau sedang nyenyak tidur
وَلَوْ رَأَيْتَ الَّذِينَ فَازُوا
نُحْتَ كَمَا نَاحَتِ الْحَمَائِمْ
Seandainya engkau melihat mereka yang telah berjaya
Nescaya engkau akan meratap bagaikan ratapan burung merpati
إِنْ رُمْتَ أَلَّا تَكُونَ نَادِمْ
قُمْ لِحَبِيبِ الْقُلُوبِ لَازِمْ
Jika engkau berhasrat agar tidak menjadi orang yang menyesal
Bangunlah dan dampingilah Kekasih sekalian hati
وَلَازِمِ الْبَابَ يَا مُعْنَّى
إِنَّ الْسَّعِيدَ الَّذِي يُلَازِمْ
Tetaplah di pintu itu wahai jiwa yang gundah
Sesungguhnya orang yang bahagia adalah dia yang tekun mendampingi
مَنْ لَازِمَ الْبَابَ نَالَ قُرْبا
وَفَازَ بِالْأَجْرِ وَالْغَنَائِمْ
Sesiapa yang mendampingi pintu itu akan beroleh kedekatan
Serta meraih pahala dan segala kurnia yang melimpah
وَلَا تَنَمْ سَاعَةَ الْتَّجَلِّي
فَلَيْسَ يَحْظَى بِالْأَجْرِ نَائِمْ
Janganlah tidur pada saat Tajalli (penampakan cahaya Ilahi)
Kerana orang yang tidur tidak akan mendapat bahagian pahala
قَدْ جَرَحَتْ قَلْبِيَ الْخَطَايَا
وَلَسْتُ أَلْقَى لَهَا مَرَاهِمْ
Sesungguhnya segala dosa telah melukai hatiku
Dan aku tidak menemukan ubat penawar baginya
سِوَى الْرِّضَا مِنْكَ يَا إِلَهِي
يَا وَاسِعَ الْجُودِ وَالْمَكَارِمْ
Melainkan keredaan-Mu wahai Tuhanku
Wahai Yang Maha Luas kemurahan dan kemuliaan-Nya
وَقَدْ تَوَسَّلْنَا يَا إِلَهِي
بِسَيِّدِ الْعَرَبِ وَالْأَعَاجِمْ
Dan kami bertawassul kepada-Mu wahai Tuhanku
Melalui penghulu bangsa Arab dan bangsa bukan Arab
نَبِيِّنَا الْمُصْطَفَى الْتِّهَامِي
مَنْ جَاءَ لِلْأَنْبِيَاءِ خَاتَمْ
Nabi kami al-Mustafa yang terpilih dari Tihamah
Baginda yang datang sebagai penutup sekalian para nabi