لِغَيْرِ جَمَالِكُمْ نَظَرِي حَرَامُ
Haram pandanganku selain pada keindahanmu.
Ms
لِغَيْرِ جَمَالِكُمْ نَظَرِي حَرَامُ
وَغَيْرُ كَلَامُكُمْ عِنْدِي كِلَامُ
Memandang selain keindahan-Mu bagiku haram
dan selain bicara-Mu hanyalah sia-sia bagiku
وَعُمْرُ الْنَّسْرِ مِنْكُمْ بَعْضُ يَوْمٍ
وَسَاعَةُ غَيْرِكُمْ عَامٌ فَعَامُ
Usia sang helang bersama-Mu hanyalah sebahagian hari
dan sejam bersama selain-Mu bagai bertahun-tahun
وَصَبْرِي عَنْكُمُ شَيْءٌ مُحَالٌ
وَمَا لِي قَاتِلٌ إِلَّا الْفِطَامُ
Kesabaranku menjauhi-Mu adalah perkara mustahil
dan tiada yang membunuhku melainkan perpisahan
إِذَا عَايَنْتُكُمْ زَالَتْ هُمُومِيْ
وَإِنْ غِبْتُمْ دَنَا مِنِّيْ الْحِمَامُ
Saat menatap-Mu sirnalah segala duka citaku
dan andai Engkau tiada, maut pun menghampiriku
أَوَدُّ بِأَنْ أَكُونَ لَكُمْ جَلِيسًا
وَتُنْصَبَ لِي بِرَبْعِكُمُ خِيَامُ
Aku sangat mendamba untuk menjadi pendamping-Mu
dan agar teratakku didirikan di laman kediaman-Mu
فَدَاوُوا بِالْوِصَالِ مَرِيضَ هَجْرٍ
يَهِيمُ بِكُمْ إِذَا سَجَعَ الْحَمَامُ
Maka ubatilah dengan pertemuan mangsa perpisahan ini
yang merana merindui-Mu saat merpati mula bersahut-sahutan
حَدِيثُ غَرَامِهِ فِيكُمْ قَدِيمٌ
وَمَلْبَسُهُ مِنَ الْحُبِّ الْسِّقَامُ
Kisah cintanya pada-Mu telah lama bermula
dan pakaiannya daripada cinta ini adalah penderitaan
فَأَنْتُمْ فِي الْأُصُولِ أَجَلُّ أَصْلٍ
إِذَا شِئْتُمْ تَحَصَّلَ لِي الْمَرَامُ
Kerana Engkaulah asal-usul yang paling mulia
jika Engkau menghendaki, tercapailah segala citaku
بِكُمْ صَعْبُ الْأُمُورِ يَعُودُ سَهْلًا
فَبِالْإِحْسَانِ جُودُوا يَا كِرَامُ
Dengan-Mu segala yang sukar menjadi mudah
maka kurniakanlah ihsan-Mu wahai Yang Maha Pemurah
وَلَيْسَ سِوَاكُمُ لِلْجُودِ أَهْلًا
فَكَيْفَ نَزِيلُ سُوحِكُمُ يُضَامُ
Tiada yang layak memberi kedermawanan selain-Mu
maka masakan tetamu di halaman-Mu akan dizalimi